D-Life

Adakah rasa percaya kita begitu mudah dibeli hanya dengan jumlah ‘retweet’ di ‘Socmed’?

Oleh  | 

BAGI orang-orang yang malas membaca, kepercayaan mereka begitu mudah dibeli di laman sosial.

Mesej berbaur emosi yang dikeluarkan entah siapa yang tidak dapat dikenalpasti pemilik akaunnya begitu laju disebarkan orang ramai.

Mesej  yang berada dalam kategori ‘nampak betul’ atau ‘macam betul’ di mata orang ramai dianggap betul tanpa dibuktikan kesahihannya. Lebih dasyat lagi apabila menyebarkan perkara yang tidak tahu hujung pangkalnya dianggap benda biasa dan normal dalam masyarakat kita.

via GIPHY

Jika dikenang-kenang, bermula daripada pengguna media sosial yang tidak berpangkat sehinggalah menteri, masing-masing pernah menjadi bahan berita palsu.

Terbaharu, kecoh di laman sosial kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun untuk keluar rumah pada waktu malam. Padahal, ia hanyalah cadangan yang dikeluarkan beberapa pihak untuk dipertimbangkan secara baik oleh kementerian.

FOTO: Perak Daily

Larangan itu dikeluarkan menteri kerana kononnya banyak masalah jenayah dan keruntuhan moral dilakukan oleh remaja dalam lingkungan umur bawah 18 tahun. Ia adalah sebuah usaha kerajaan untuk melindungi mereka daripada melakukan aktiviti tidak sihat di luar rumah.

Mesej yang tular itu kemudian dipanjangkan ke media sosial dan dikritik secara terbuka oleh orang awam. Kita dapat melihat bahawa keterbukaan penggunaan media sosial telah menjadikan pengguna bebas memberi pandangan serta kritikan terhadap apa-apa isu.

via GIPHY

Laporan Berita Harian baru-baru ini menjelaskan bahawa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan mereka ada mengeluarkan apa-apa larangan kepada kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah untuk keluar pada waktu malam. Pihak kementerian begitu jelas menyatakan bahawa maklumat yang tersebar itu adalah berita palsu semata-mata.

Mujurlah kita mempunyai akhbar yang masih berfungsi untuk menjadi check and balance dalam setiap isu yang viral. Namun, jika diperhatikan, kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu tidak pula se-viral berita palsu yang dikeluarkan entah sesiapa sebelum ini.

FOTO: Lifewire

Kebaikkannya ialah, orang awam dapat terus berpartisipasi dalam mengkiritik dasar yang dibuat oleh kerajaan. Ia sebenarnya adalah  petanda baik untuk sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Keburukkannya ialah, tak ramai yang bertanya di manakah sumber berita-berita ini disampaikan. Maka, senarionya adalah pandangan dan kritikan mereka terhadap sesuatu perkara adalah lebih penting daripada membuktikan kesahihan berita yang dikritik itu.

via GIPHY

Kalau kita rajin untuk mengkritik secara terbuka terhadap sesuatu isu, mengapa pula kita tidak langsung rajin untuk bertanya ‘di manakah sumbernya’?

Mengapa rasa percaya kita begitu mudah dibeli hanya berdasarkan kepada mesej yang dipanjangkan menerusi Whatsapp atau tweet berbaur emosi di  laman sosial?

Adakah kebenaran sesuatu berita itu hanya dibuktikan dengan jumlah retweet atau seberapa viral ia dibincangkan di laman sosial? Ha, jawab sis.

 

 

 

 

 

1 Comment

  1. AMIR ASYRAF BIN ZAINUDIN

    22 January 2019 at 2:31 pm

    Betul tu. Kadang kadang berita yang dah usianya lebih dari 5 tahun pon masih lagi ada orang duk share even benda tu dah lama and dah tak ada masalah dah. Especially yang gelatin dari bahan babi dan sebagainya dan ada jugak isu isu yang bukan terjadi di Malaysia tapi di”claim” sebagai “Ini adalah di Malaysia” . Bertindak kerana benar dan sentiasa tanya dimanakah kesahihan akan sumber yang diberikan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my