Serious?!

Addu-du-ddu, gara-gara BLACKPINK Abby dan Caprice bercakaran!

Oleh  | 

CERITA tentang kehadiran artis Korea Selatan BLACKPINK untuk konsert berskala besarnya di Malaysia ternyata mencuri perhatian semua.

Buktinya, bukan sahaja netizen, malah artis Malaysia turut bersuara tentang konsert yang diadakan di Stadium Melawati walaupun sudah berakhir dua hari lalu.

Umum sudah mengetahui bahawa baru-baru ini pelakon dan penyanyi Abby Abadi memuat naik satu kapsyen di laman Instagram menegur sikap double standard tentang etika pemakain artis luar yang membuat persembahan di Malaysia.

Komen itu dikeluarkan Abby kerana menganggap pakaian seperti skirt dan seluar pendek yang dikenakan artis Kpop itu disifatkan sebagai menjolok mata.

Caprice buka mulut

Tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu, Caprice kemudian memuat naik satu video di Instagram menjelaskan pemakaian artis berbeza dengan genre muzik yang dibawakannya.

“Contohnya, kalau anda pergi konsert artis nasyid, anda dapat lagu-lagu agama. Kalau anda ke konsert rock, anda akan lihat gaya fesyen rock dan dengar muzik sangat loud”

 

View this post on Instagram

 

Eventually, we all move on. Eventually we will all improve… and eventually, all of us will have to return to Him.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Macam awak je tahu

Berang dengan ulasan yang diberikan Caprice, Abby Abadi nampaknya tidak berhenti di situ. Abby turut menyelar tindakan Caprice yang salah faham terhadap kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

“Baca dulu kapsyen saya dan fahamkan betul-betul

“Saya highlight tentang double standard dan ketidaksamaan garis panduan untuk artis luar negara yang membuat konsert di Malaysia.

“Artis lain dikenakan syarat begitu dan begini namun tiba-tiba Blackpink buat konsert atas stage macam separuh bogel boleh pula?”

Pelakon Gerak Khas itu juga tidak senang dengan tindakan Caprice yang mengungkit tentang zamannya semasa menjadi anggota kumpulan Elite.

“Sudah hebat cara dakwahnya tetapi jangan rajin sangat ulas semua isu macam awak seorang sahaja yang tahu semua benda,” 

Drama dan drama lagi

Hari ini, hubungan mereka masih dingin apabila Caprice memuat naik sebuah video menyatakan bahawa Abby Abadi telah ‘block’ dirinya di laman Instagram namun berkata kepada umum bahawa Caprice pula yang melakukan demikian.

Bukan itu sahaja, Abby turut menukar akaun Instagramnya dari public kepada private.

Macam-macam hal betul. Mari kita tengok drama apa lagi yang bakal terjadi.

Hit you with that ddu-du ddu-du du!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my