Serious?!

“Adik tunggu abah kat rumah,” Surat kanak-kanak ini undang sebak netizen.

Oleh  | 

TULAR di laman sosial twitter baru-baru ini sebuah tweet dari  @redhuan_rizal tentang adiknya yang telah menulis surat kepada bapa mereka yang berada dalam wad di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. Menurut pemilik twitter itu, disebabkan hospital tersebut meletak larangan memasuki wad bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun, adiknya telah menulis sepucuk surat kepada ayah mereka. Tweet ini telah mendapat 6.7k retweet dan 5.6k likes daripada netizen.

“dekat HTAA budak bawah 12 tahun tak boleh masuk. so adik aku tulis surat utk ayah aku. walhal ws ada je, guys doakan ayah sihat seperti biasa. Aminn,”

FOTO: Twitter

Surat yang ditulis oleh kanak-kanak itu menceritakan tentang kerinduan terhadap ayahnya dan berharap agar ayahnya segera sembuh daripada sakit dan pulang ke rumah semula.

Surat ini telah mengundang banyak respon daripada netizen. Kebanyakannya telah  meluahkan rasa sedih dan simpati mereka kepada “adik” dan “abah”. Dhia pun sebak bila baca surat yang ditulis oleh kanak-kanak ini. Menusuk kalbu melihat kesungguhan dia meluahkan perasaan kepada ayahnya yang sedang sakit.

“Abah jangan lupa makan ubat bagi sihat. Adik rindu abah jangan lupa makan ubat tau. Adik tunggu abah kat rumah,”

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Cute je tulis surat untuk ayah. Ha, korang dah call mak ayah korang tak harini? Tiba-tiba rinduuuu… Apapun, team Dhia doakan semoga ayah mereka cepat sembuh seperti sediakala okay? Sama-sama kita doakan!

 

Sumber : https://twitter.com/redhuan_rizal/status/1097067295279476736

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my