D-Life

Adoi, apa nak buat kalau malas nak kerja lepas raya?

Oleh  | 

BILA dah lama sangat bercuti berhari raya, memang liat sikit nak masuk kerja. Momentum pon alahai, sendu sahaja. Susah betul nak produktif. Mana taknya, kita dah terbiasa relaks dan tidur sampai 7 jam waktu cuti. Fizikal dan mental kita masih belum sedia nak menghadapi timbunan kerja dekat office.

via GIPHY

Tapi kemalasan kita tak boleh dijadikan alasan sampai terabai kerja kita. Kita kena juga cari semangat untuk bekerja dan bina kembali momentum untuk jadi lebih produktif seperti selalu. Jadi, ini ada tips sikit macam mana kita bangkit melawan kemalasan. Gitu! Wake up girls!

Balik awal sehari

via GIPHY

Sis nak pesan, jangan balik ke bandar sehari sebelum korang bekerja. Katakanlah korang akan bekerja pada hari Isnin. Jangan balik ke bandar pada hari Ahad. Sebaliknya, pulanglah pada hari Sabtu supaya korang mempunyai cukup masa untuk berehat. Esok tu korang boleh bangun dengan fresh sebab dah dapat tidur dan rehat yang cukup!

Mulakan dengan yang kecil-kecil dulu

via GIPHY

Oleh sebab otak kita dah biasa slow dan santai. Memang ambil masa sikit kalau nak kembali ke fasa rushing kejar deadline. Jadi, mulakan dengan yang kecil-kecil dulu dalam to-do-list kita. Bak kata orang. kita ambil mood bekerja itu sikit demi sikit. Tak adalah semangat kita nak kerja merudum tiba-tiba sebab hadap benda yang berat.

Buat benda merepek

via GIPHY

Okey ini benda yang sis selalu buat nak dapatkan mood. Antaranya sis akan kacau officemate sis. Tak kisahlah tarik kerusi ke. Nyanyi kuat-kuat ke. Tapi ikut juga keadaan dan suasana orang-orang dekat pejabat korang. Kalau semua jenis yang serius, hmm susah jugak.

Ubah suasana

via GIPHY

Ha, ini termasuklah meja korang. Mungkin korang nak tulis dan tampal kata-kata semangat dekat atas meja korang. Boleh jadi juga kalau korang nak ubah kedudukan buku dan fail atas meja tu. Buatlah apa-apa yang akan buat korang ceria dan bahagia.

Pupuk rasa semangat

via GIPHY

Kalau yang ini korang sendiri kena berusaha. Cuba fikir, kalau korang tangguhkan kerja, ia akan jadi lebih banyak dan bertimbun. Jadi, nak atau tak, korang kena juga pupuk perasaan semangat dalam diri tu.

Okey, itulah antara serba sedikit yang korang boleh buat untuk memerangi kemalasan. Akhir kata, selamat kembali bekerja people!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my