Serious?!

Adoi, lawak sangat! Ini jadi bila pelakon macho Korea ditukar menjadi perempuan

Oleh  | 

KOREA selalu ada rancangan yang best sampai kita boleh melekat berejam lamanya dekat depan televisyen. Memasuki episod akhir The Tale of Nokdu baru-baru ini, pelakon Jang Dong Yoon yang selalu membawa watak macho telah bertukar menjadi perempuan anggun. Aduh, memang pecah perut.

Kalau korang nak tahu sebenarnya bukan dia sahaja tau yang pernah ‘disolek’ menjadi perempuan. Ada lagi beberapa pelakon yang lain pernah melalui pengalaman serupa. Nak tahu siapa? Let’s check this out.

Ji Sung

Ini paling win bila Ji Sung pernah melakonkan watak yang memintanya untuk menjadi perempuan iaitu Yoona. Menjadi betul!

Ji Chang Wook

Siapa yang tak boleh lupakan pelakon ini dalam Melting Me Softly ini. Tapi tengoklah pesonanya dalam cerita Bachelor’s Vegetable Store.

Seo Kang Joon

Apani, jadi perempuan pun cantik betul! Dengan rambut panjang macam ini memang membuatkan watak yang dilakonkan dia dalam After School: Lucky or Not memang menjadi.

Lee Yi Kung

Tiba-tiba rasa Yi Kung sangat berbakat nak melakonkan watak perempuan. Cuba tengok sikit penampilannya dalam Welcome Waikkiki ni.

Yoo Seung Ho

Kenapa Seung Ho tiba-tiba nampak macam perempuan betul yang sangat cantik dalam filem Who Sells The River!

Sumber: IDN Times

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my