Be-You-Ty

Aduh, besok dah la hari penting, kenapa tumbuh jerawat?

Oleh  | 

BILA hari pentinglah jerawat sibuk nak tumbuh. Rasanya semua pernah alami perkara ini. Mana sempat nak keluar rumah dan pergi buat rawatan muka kan?

Ini team Dhia nak kongsi cara mudah hilangkan jerawat hanya guna barang-barang yang ada di rumah. Kalau sesiapa yang liat sangat nak ke dapur tu, inilah masanya untuk ke dapur dan selongkar barang-barang yang ada dekat dapur mak kamu itu.

Aloe Vera

via GIPHY

Ha siapa yang tidak tahu khasiat Aloe Vera memang rugi. Ia sangat bermanfaat untuk menghilangkan bekas jerawat. Lidah Buaya dikatakan mempunyai aloin yang dapat mencerahkan kawasan kulit yang gelap.

Lemon

Ini pun apa kurang hebatnya. Lemon mengandungi kandungan vitamin C dan antioksidan untuk memudarkan bekas jerawat pada kulit.  Namun, kalau sesiapa yang ada kulit sensitif dan kering tidak disaran mengunakan jus lemon sebab kulit kamu mungkin mengalami iritasi.

Baking soda

Ia juga boleh mengurangkan bekas jerawat. Selepas menggunakan baking soda, kamu disaran untuk mengenakan pelembap kerana takut kulit menjadi kering. Campur 2 sudu baking soda dan air kemudian ratakan di wajah selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.

Madu

via GIPHY

Ha, kalau nak tahu, madu bukan sahaja boleh hilangkan bekas jerawat. Ia juga boleh menyembuhkan parut pada luka. Gunakan ,madu sebagai masker.

Jika kamu sudah melakukan kesemua di atas tapi parut jerawat kamu tetap juga banyak bagai tiada hari esok, barulah jumpa doktor untuk tindakan lanjut.

Mungkin mereka akan menyarankan  chemical peeling, dermabrasi atau laser pada wajah kamu.

Selamat mencuba.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my