D-Life

Aduh, kenapa liat sangat mata sis ni nak bangun pagi?

Oleh  | 

SETIAP kali jam loceng berbunyi di waktu pagi, kamu rasakan sangat tersiksa untuk bangun dan meninggalkan katil kesayangan. Itu belum lagi bila disuruh ke bilik mandi. Bukan main liat dan mata kamu pula bagai digam, begitu sukar untuk dibuka. Kadang-kadang kamu rasakan sudah ditakdirkan untuk bangun lambat. Tapi tidak! itu cuma alasan dan drama sahaja.

Ia memerlukan tekad dan semangat untuk bangun dari dunia mimpi yang indah. Namun jangan risau, ini tip untuk kamu agar tidak lesu di waktu pagi.

Sarapan

via GIPHY

Mungkin kamu tidak menyedari bahawa sarapan adalah pemicu untuk kamu lebih bersemangat meneruskan kehidupan seharian. Sarapan yang baik seelok-eloknya diambil 30 minit selepas bangun dari tidur untuk menstabilkan kadar gula di dalam darah.

Kawal pengambilan kopi

via GIPHY

Jangan cemas, kamu masih boleh minum kopi. Cuma, pastikan akan tidak minum kopi sebelum makan. Kebanyakkan orang tidak bersarapan dan hanya meneguk secawan kopi pada waktu pagi. Ia secara tidak langsung mengganggu proses melatonin iaitu hormon yang membantu mengendalikan kitaran tidur serta mengatur keadaan hormon yang lain.

Pilih air putih

via GIPHY

Tubuh manusia terdiri daripada 70 hingga 80 peratus air. Ia perlu sentiasa terhidrasi untuk memastikan biokimia berfungsi secara optimum serta memastikan otak kamu memproses hormon dengan lancar semasa tidur. Oleh itu, kamu digalakkan untuk minum sebanyak mungkin air putih setiap hari.

Tidur lebih cepat

via GIPHY

Kamu digalakkan untuk tidur 90 minit sebelum tengah malam. Ia adalah fasa terbaik untuk tubuh kamu memperbaiki mental, fizikal dan emosi. Walaupun kesibukkan aktiviti harian dan tuntutan kerja membuatkan agak sukar untuk kamu mendapatkan tidur yang cukup, namun apa salahnya kamu mencuba.

Jauhkan telefon bimbit

via GIPHY

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi semua orang untuk bermain telefon bimbit sebelum tidur. Namun, untuk mendapatkan tidur yang cukup agar boleh bangun dengan gembira keesokkan harinya, kamu dinasihati untuk mematikan gajet kamu satu jam sebelum tidur. Ia sebagai petanda kamu untuk memberitahu otak kamu bahawa kamu sedang memasuki mood berehat. Jika kamu tidur tanpa memegang gajet, tidur kamu akan lebih nyenyak daripada biasa.

 

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my