Kolaborasi
“Aduh sakit kepala” Ketahui 5 punca migrain
CUBA bayangkan ketika kita nak siapkan kerja dengan cepat, tiba-tiba kepala kita berdenyut sampai kita tak boleh fokus dengan apa yang sedang kita lakukan. Ada juga yang diserang migrain selama berjam-jam lamanya. Waktu migrain, kita memang terasa mual, muntah dan sensitif kepada cahaya dan suara.
Bukan hanya mereka yang dewasa sahaja diserang migrain. Kadang-kadang remaja dan kanak-kanak pun boleh terkena juga. Ada juga beberapa sebab kenapa seseorang itu diserang migrain.
Hormon
Perempuan kadang memang mempunyai hormon yang tidak stabil. Fluktuasi estrogen ketika sedang period, mengandung atau menopause boleh mengundang migrain. Ada kalanya ubat-ubatan hormon boleh membuat migrain semakin buruk.
Fizikal
Pergerakkan fizikal yang terlalu kerap dan melakukan kerja-kerja berat boleh mengundang sakit kepala. Jadi, jangan paksa sangat badan korang angkat barang-barang yang melebihi apa yang tubuh korang mampu.
Tidur
Tidur adalah kunci kesejahteraan tubuh badan. Bila tidur tak menentu macam asyik terkurang atau jet lag. Ia juga menyebabkan kepala korang diserang migrain. Tidur yang cukup boleh membantu menambah tenaga dalam badan korang.
BACA: Sakit belakang time bangun pagi? Ini posture tidur dicadangkan pakar
Makan
Apa yang kita bawa masuk ke dalam tubuh badan kita juga penting. Ada beberapa jenis makanan yang memang membuatkan kita cepat dapat migrain seperti keju yang dah lama, makanan terlalu masin, pemanis, dan pengawet makanan MSG. Bukan itu sahaja, kalau korang lewat akan pun boleh mengundang migrain tau. Jadi, lepas ni jangan skip makan walau sesibuk apa pun korang.
Korang pun boleh manjakan diri korang seperti pergi spa. Ha, ni alang-alang Superdeals ada buat promotion facial 2 jam. Korang patut cuba!





Komen Terkini