Serious?!

Aik, dah tak tinggal sebumbung? PU Abu, Hana dalam proses bercerai

Oleh  | 

BARU sahaja reda nama ustaz selebriti Pencetus Ummah Abu yang menceraikan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan untuk menikahi seorang janda. Kini, namanya sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila rumahtangga baharu yang dibina bersama Hana Azraa juga bergolak sehingga masing-masing tidak lagi tinggal sebumbung bermula sebulan lepas.

Menurut sebuah laporan akhbar tempatan, Hana mengakui kepincangan yang berlaku dalam kemelut rumahtangganya bersama PU Abu. Dia mengakui bahawa mereka berdua sebenarnya sudah mempunyai haluan sendiri dan tidak lagi mengikuti laman sosial masing-masing.

BACA: Menyesal cerai isteri, PU Abu harap dapat balasan setimpal

Hana kini menetap di Kedah manakala Abu masih tinggal di Kuala Lumpur. Menurut Hana lagi, mereka berdua kini masih dalam proses untuk bercerai. Dia juga turut meminta mana-mana pihak agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Abu.

BACA: PU Abu dan isteri patah balik ke mahkamah, apa kes?

“Hidup saya cukup dengan kerjaya dan anak-anak. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir degan baik,” jelasnya yang masih memegang status suami dan isteri.

Tidak menjelaskan secara terperinci tentang punca asal keretakan rumahtangganya, Hana bagaimanapun mendoakan kebahagiaan PU Abu dan bekas isteri pertamanya.

“Saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu, Ain (bekas isteri) dan anak mereka sehingga syurga,” tambah Hana lagi.

Kita doalah yang baik-baik untuk mereka. Soal jodoh ni kan rahsia. Semuanya di tangan Tuhan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my