Serious?!
Aik, kenapa macam sama ni?, Gucci dikatakan tiru baju pengetua Sin Chan
DUNIA fesyen ini menarik tau sebenarnya. Ini kerana nilai kesenian dalam setiap rekaan yang dihasilkan datang daripada inspirasi yang pelbagai. Bukan itu sahaja, setiap rekaan juga memiliki falsafah yang kadangkala sukar difahami oleh orang kebanyakan.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada memuat naik sebuah gambar yang menampilkan busana rekaan jenama pakaian terkenal Gucci dalam koleksi #GucciEltonJohn yang diperagakan tahun lalu.
インスタでGucciのファッション紹介してるけど、完全にクレヨンしんちゃんのえんちょう先生と一致してる件について pic.twitter.com/HHbbgy8dlE
— [email protected]登録者14万人&TikTok24万人突破 (@TOMOKIN_Voice) November 9, 2019
Pengguna yang dikenali sebagai Tomokin itu menyatakan persamaan yang dapat dilihat oleh baju kuning berkenaan yang seakan-akan sama dengan pakaian dalam salah satu watak sebuah siri kartun terkenal Shin Chan.
Barulah sis tahu sebenarnya inspirasi untuk mereka sesuatu pakaian juga kadangkala boleh datang daripada cerita kartun yang kita tonton. Sebelum ini pun pernah ada pereka yang mengambil inspirasi watak kartun untuk dijadikan busana di pentas peragaan.
Contohnya macam baju ini yang seakan-akan pakaian dalam watak kartun Lupin The 3rd. Walaupun kartun, tapi nampak macam style, kan?

Korang rasa macam mana? Ada tak persamaan baju berkenaan? Kalau korang diberi peluang untuk pakai baju watak kartun di dunia nyata, agak-agaknya baju siapa yang korang akan sarungkan pada badan korang ya?





Komen Terkini