D-Life

Air mata keluar waktu menguap, normal ke?

Oleh  | 

KORANG mesti pernah menguap banyak kali lepastu keluar air mata kan? Normal ke tidak perkara tu sebenarnya? Mesti kita akan fikir air mata akan keluar saat kita dalam emosi sedih je tapi sebenarnya air mata boleh keluar atas beberapa punca tau. Bukan sebab sedih sahaja ye.

Air mata tidak akan keluar dengan banyak jika kita menguap sekali dua sahaja. Mengutip beberapa sumber, air mata yang keluar ketika kita menguap adalah satu perkara yang normal sebenarnya. Tetapi dalam istilah perubatan, ada sebabnya kenapa air mata keluar saat kita menguap tau. Punca utamanya adalah apabila kita menguap, akan berlaku proses tekanan pada kalenjar mata kita.

Ketika kita menguap, secara automatik mata kita akan tertutup dengan rapat. Ini juga menjadi punca kenapa berlaku tekanan pada kelenjar mata kita sehingga boleh mengeluarkan air mata.

Semakin banyak kali kita menguap, kalenjar mata akan mengalami tekanan yang kuat dan makin banyak otot yang bergerak ketika itu. Seperti yang kita tahu, kita akan menguap saat badan kita berasa penat, bosan atau mengantuk. Namun sebenarnya belum ada penjelasan yang kukuh tentang menguap merupakan satu proses penarikan oksigen untuk mencukupkan oksigen yang kurang dalam otak kita.

Hingga saat ini, punca-punca terjadinya menguap masih menjadi misteri sehingga terdapat beberapa teori tentang punca kita menguap kerana ada juga sumber mengatakan bayi di dalam perut juga menguap. Adakah bayi di dalam perut  menguap untuk menarik oksigen naik ke otak mereka juga?

Ha! Sekarang dah tahu kan kenapa air mata kita akan keluar? So kalau korang menguap dengan banyak kali dalam tempoh masa yang kerap. Jangan risau, perkara itu normal sebenarnya dan tiada kesan sampingan yang bahaya pada tubuh badan kita.  Semoga bermanfaat!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my