D-Life

Ais Krim untuk buat orang tidur nyenyak telah dicipta!

Oleh  | 

PERNAH tak korang terjaga atau tak lena tidur di tengah malam?

Kalau ‘ya’, ini mungkin berita baik untuk korang. Sebuah syarikat  bernama Nightfood telah mencipta Ais Krim yang dapat meningkatkan kualiti rehat dan membuatkan korang tidur dengan nyenyak.

via GIPHY

Ais Krim yang dipanggil sleep-friendly ini dibuat daripada bahan-bahan yang tidak mengganggu tidur dan boleh diambil sebagai makanan ringan larut malam. Ia juga mengandungi sedikit garam namun selebihnya adalah serat.

Nightfood amat menitikberatkan kandungan di dalam ais krim buatannya. Maka itulah sebabnya ais krim yang dihasilkan tidak mengandungi gula pemanis buatan, lemak, sirap jagung dan pewarna buatan. Mereka berpegang kepada formula bahan yang boleh meningkatkan kualiti tidur.

via GIPHY

Ais Krim ini boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti coklat, vanilla, choco chip dan kopi tanpa kafein dan mula dijual pada Februari ini.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my