Serious?!

AJL33: Sufian buktikan cinta tak kesampaian bukan pengakhiran

Oleh  | 

ISU putus tunang penyanyi Sufian Suhaimi ternyata memberi ‘tuah’ kepadanya apabila lagu Di Matamu dikatakan memiliki ‘aura’ dan ‘roh’ sehingga membuatkannya diingati oleh khalayak.

Semalam sewaktu kemuncak Anugerah Juara Lagu 33, walaupun Sufian baru menyanyikan rangkap awal lagu tersebut, para penonton terus terpaku. Ditambah pula dengan iringan seruling memang  membuat netizen tenggelam di dalam emosi yang disampaikan Sufian. Tidak kurang juga penonton di stadium yang berdiri dan bersorak memberi sokongan kepada persembahan Sufian.

Sufian nampaknya bijak untuk ‘bercerita’ di atas pentas menggunakan prop seperti chandelier, kain putih dan seterusnya pelamin. Prop yang mengiringi persembahan Sufian terutamanya pelamin seakan-akan majlis perkahwinan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy telah menjadi viral sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Masing-masing terimbau kembali kejadian cinta tidak kesampaian artis tersebut walaupun dia berkali-kali menegaskan lagu Di Matamu telah ditulis lebih awal dan tiada kaitan dengan kisah peribadinya. Sufian bagaimanapun turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya cuba memalukan pihak bekas tunangnya di atas pentas.

Gimik Sufian pada malam tadi tidak terhenti di situ. Elfira kemudian memuatnaik kenyataan di laman twitter mendoakan kemenangan Sufian dari tanah suci Mekah.

BACA: Siapa sangka! angan-angan Faris nikahi Elfira 5 tahun dulu jadi nyata

Layak dapat persembahan terbaik

Kerja keras untuk membawa Di Matamu di pentas AJL nampaknya terbayar apabila Sufian Suhaimi membawa pulang trofi Persembahan Terbaik malam tadi.

Kemenangan itu disambut sorak-sorai penonton di stadium dan media sosial dibanjiri beribu-ribu ucapan tahniah daripada netizen.

Persembahan tersebut ternyata pendapat perhatian dan pujian banyak pihak antaranya penyanyi nombor satu negara sendiri iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.

Ada juga yang berseloroh menggesa Sufian untuk move on dan pilihlah gadis yang sanggup nangis untuknya, macam Wany Hasrita. Eh?

BACA: Jom intai-intai busana ‘the boom’ malam Anugerah Juara Lagu 33!

Apapun, team Dhia nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berusaha keras menjayakan malam yang penuh bermakna untuk industri muzik tanah air. Bravo kepada semua finalis!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my