Serious?!

Akhbar tutup operasi…Petugas media Kosmo, Utusan kemas meja

Oleh  | 

TERLALU banyak kontroversi membabitkan syarikat pencetakan akhbar tetua Malaysia ini. Kini, Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) telah menutup operasinya hari ini.

Nasib akhbar Utusan yang sudah berusia 80 tahun manakala Kosmo! yang berusia 15 tahun telah terkubur apabila usaha untuk menyelamatkan akhbar gergasi itu menemui jalan buntu.

Menurut pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, mereka telah melakukan pelbagai usaha seperti mencairkan aset. Namun ia masih juga tidak mampu menampung modal dan aliran tunai yang mencukupi.

Tambahan pula edaran  akhbar Utusan dan Kosmo! semakin menurut selain sasaran iklan yang tidak berjaya dicapai menambah parah syarikat itu.

BACA:Kenapa akhbar paling tua dekat Malaysia pun boleh , Ini penyebabnya

Kini, mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada menutup operasi dan menyelesaikan hutang.

Terdahulu, Utusan Melayu telah mengumumkan melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya kepada Aurora Mulia Sdn Bhd yang merupakan pemegang saham terbesar Media Prima Berhad.

Beberapa pengamal media di Malaysia saling memberikan sokongan di laman sosial dengan tanda pagar solidariti media bagi membela nasib wartawan dan petugas di akhbar berkenaan.

BACA:Rezeki masih terbuka buat kami- Wartawan lega akhbar tak jadi tutup

Mereka turut berkongsi video dan rakaman petugas disana mengosongkan bangunan akhbar tetua Malaysia itu.

Pengamal media dan warganet turut memberikan reaksi dan berdukacita dengan khabar buruk tersebut.

Nampaknya sampai disinilah sahajalah operasi akhbar Utusan Malaysia. Sudah pasti rakyat Malaysia tidak akan melupakan bakti dan jasa akhbar ini yang pernah menyuakan pelbagai sudut pandang dalam laporan mereka.

Sumber: Sallymohamed, FMT,

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my