Serious?!

Aksi ghairah drama pendek ‘Cikgu Suraya’ menaikkan darah netizen?

Oleh  | 

KECOH di dunia internet apabila seorang influencer terkenal menghasilkan satu drama pendek yang berbentuk video di YouTube baru-baru ini. Drama pendek tersebut menjadi perbualan hangat netizen apabila dikatakan mengandungi unsur-unsur lucah yang cukup tidak sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat.

Video pendek tersebut dikatakan diadaptasi daripada sebuah cerpen yang bertajuk ‘Cikgu Suraya’. Cerpen asal tersebut dipercayai mempunyai unsur-unsur lucah yang mengambarkan seorang cikgu dan seorang pelajar lelaki berkelakuan tidak senonoh.

Video tersebut mendapat banyak kecaman daripada netizen yang juga turut menyeru memboikot influencer tersebut bertujuan untuk dijadikan pengajaran supaya lebih bertimbang rasa dalam menghasilkan video untuk tontonan umum.

Foto:ohbulan

Pelakon jelita Jasmine Suraya yang memainkan salah seorang watak utama yang bernama Cikgu Suraya dalam drama tersebut ada menyatakan pendapatnya.

Wataknya yang mengenakan pakaian sopan pada awalnya bertukar penampilan dengan lebih daring apabila dikatakan memberi peluang kepada seorang lelaki untuk menumpang mandi di rumahnya.

Foto:Ohbulan

Ramai netizen berpendapat bahawa video tersebut tidak sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat dan ada juga yang menyatakan berkemungkinan akan memberi pengaruh yang negatif kepada masyarakat kita.

Foto:Ohbulan

Pelakon Jasmine Suraya memberikan penjelasan bahawa video tersebut adalah merupakan penggambaran yang mengisahkan tentang perisik dan video tersebut sepautnya disiarkan sebagai sebuah filem.

Apa pendapat korang? Patut ke walaupun menghasilkan filem yang bertemakan perisik atau spy, perlukah adanya unsur-unsur lucah? Atau masyarakat kita saja yang kuat melatah?

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my