Serious?!

Aksi lelaki bantu pak cik teksi ini bikin netizen terharu

Oleh  | 

KETIKA negara sedang kecoh akibat ketengangan insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, ini ada cerita yang menarik dikongsikan netizen di twitter menerusi pemilik akaun @mizandzai.

Dalam ‘thread’ berkenaan menceritakan lelaki seorang pemandu teksi yang mesra disapa sebagai Uncle Angadorai berusia 62 tahun  terlanggar  bahagian hadapan kereta yang dipandu Mizan.

Kasihan melihat keadaan pemandu teksi itu yang keluar daripada kereta dalam keadaan kaki berdengkot dan tak berhenti meminta maaf. Timbul perasaan untuk memaafkannya.

Terharu betul apabila kita saling menghormati dan memaafkan walaupun berbeza agama dan bangsa. Jom sama-sama kita melakukan lebih banyak kebaikan kepada orang lain.

Mana tahu, ia akan datang kepada kita dalam keadaan yang paling tidak disangka-sangka. Apapun, team Dhia nak ucapkan syabas dekat Mizan Dzai yang mempunyai hati yang besar.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my