Serious?!

Aksi MK dicium peminat bukti lelaki pun boleh kena ‘Sexual Harrasment’

Oleh  | 

GANGGUAN seksual selalunya dikaitkan dengan perempuan. Jarang orang nak sembang tentang sexual harassment yang  berlaku dalam kalangan lelaki. Padahal ia adalah perlakuan yang boleh mengganggu mangsa dan boleh menyebabkan trauma, fobia, dan ketakukan pada seseorang tak kiralah jantina apapun.

Baru-baru ini viral sebuah video di laman sosial apabila seorang penyanyi hip-hop iaitu MK dari kumpulan K-Clique dicium oleh seorang wanita. Dalam video tersebut, jelas sekali bahawa artis muda itu kurang senang dengan tindakkan wanita berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

I dont think is nice to do that to him, it shows that he clearly dont like it. you were given that grant to get close with him but you screw it. 🤦🏻‍♀️

A post shared by VAPE MURAH MALAYSIA 🇲🇾 (@vapemurah___) on

Wanita berkenaan dilihat mencium MK ketika dikerumuni oleh peminat yang cuba bergambar dengannya. Bukan itu sahaja, di video yang lain turut dilihat seseorang yang kelihatan seperti wanita yang sama mencium tangan artis hip-hop tersebut sewaktu persembahan.

Wanita tersebut kemudian mendapat perhatian netizen kerana dilihat keterlaluan. Namun, apa yang menjadi buah mulut netizen ialah aksi berkenaan sebenarnya telah membuktikan gangguan seksual juga boleh terjadi kepada seorang lelaki.

Kalau mengikut kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 2013 hingga 2017 terdapat 257 lelaki telah dilaporkan menjadi mangsa daripada 1,218 kes gangguan seksual yang dilaporkan.

Isu seperti ini sebenarnya boleh membuka mata masyarakat bahawa isu seperti ini tidak hanya berlaku perempuan hanya kerana ia tidak begitu popular dibincangkan dalam kalangan kaum lelaki.

Sebagai perempuan, walaupun kita sudah lama memendam rasa sehingga menjadikan kita begitu teruja dengan artis kesayangan kita. Janganlah sampai kita melakukan perkara yang tak sepatutnya kepada artis tersebut ya. Jaga diri, tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my