Serious?!

Aksi panas waktu ‘live’, Tak habis lagi ke isu jantina usahawan kosmetik ni?

Oleh  | 

EH sis dengar baru-baru ni ada satu benda kecoh sampai viral dibuatnya. Mana taknya, video eorang usahawan popular telah pun tular dalam kalangan keyboard warrior ni. Kadang-kadang ada juga mulut-mulut netizen ni yang kepoh dan tak reti nak jaga. Sis okay lagi pada yang suka bagi nasihat tu. Tapi ni yang suka bash je kerja. Ish buat tambah dosa je tau!

Cerita panas itu bermula disebabkan komen daripada netizen yang memberikan provikasi terhadap jantina usahawan terkenal sewaktu dia sedang melalukan ‘live’ di Instagram. Berang diprovokasi, usahawan ini pun dengan selamba je individu ni menunjukkan aksi yang mengejutkan ramai orang. Sis rasa mungkin individu ni marah atau annoyed dengan komen daripada netizen yang bertubi-tubi dan menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Tak ada b*ta*g sis, kita tak ada,” kata usawan terkena itu.

 

Yang sis hairan ni, kenapa lah netizen suka sangat provoke usahawan tu? Tak habis-habis lagi ke isu jantina usahawan ni? Kalau ye pun concern kan, bagilah nasihat atau teguran secara elok. Tak salah pun kalau nak tegur dan sis rasa tak perlu sampai beri tekanan dekat orang yang nak ditegur tu. Mungkin disebabkan sudah lali dan terlalu melayan haters yang mengakibatkan usahawan popular di kalangan netizen tersebut bertindak sedemikian?

Sis ada juga tengok aksi yang dilakukan tu. Mungkin pada dirinya itu adalah sesuatu yang normal atau biasa dan mungkin niatnya hanyalah mahu membuktikan sesuatu. Akan tetapi, bukan semua lapisan masyarakat kita boleh terima. Sebab social media bukan orang dewasa je pengguna malah, kanak-kanak bawah umur pun guna jugak! Of course la, lagi-lagi budaya kita penuh dengan sopan santun.

Walauapa pun, sis harap kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran ni, gunalah sebaik mungkin. Sis pasti korang mesti tak prefer untuk orang provoke kita tak tentu pasalkan? Lama-lama kita pun naik angin betul tak? So next time, sis harap kita semua fikir dulu sejenak before nak nasihat orang lain. Kadangkala, kita kena letak diri kita dekat tempat orang lain sama!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my