Kolaborasi

Aku disapa jelmaan abah di dalam rumah!

Oleh  | 

PENGALAMAN ini tidak mampu aku lupakan sepanjang hidup aku. Sebagai seorang manusia yang pada awalnya normal seperti manusia lain, aku tak sangka hijabku dibuka 4 tahun lepas selepas aku menerima penyakit misteri. Aku boleh melihat dan mendengar benda-benda ‘pelik’ yang orang lain tidak boleh lakukan. Aku tidak mahu sewenangnya menuduh sesiapa yang menjadi penyebab kepada penyakitku ini. Aku mengganggap ini sebagai sebuah ujian untuk aku menjadi seorang yang kuat dalam hidupku.

Hendak dijadikan cerita pada suatu petang aku pulang ke rumah ibu bapaku. Sebaik sahaja aku melangkah kakiku masuk ke dalam rumah, aku lihat abah sedang menonton televisyen dan emak pula tiada di rumah. Aku pelik kerana kebiasaannya abah akan menegurku tetapi kali ini abah hanya duduk di kerusi malasnya dan matanya tidak berkedip memandang televisyen.

Untuk menjadikan situasi tidak terlalu janggal, aku memulakan perbualan dengan abah.

“Abah, mak pergi mana?”

Abah diam. Aku ulang soalanku untuk kali kedua dan tiba-tiba abah mendengus dengan kuat. Dengan rasa terkejut aku masuk ke dalam bilik kerana abah tidak pernah berkelakuan begitu sepanjang aku mengenalinya. Mungkin abah sedang mengalami masalah ataupun aku telah menganggu abah menonton siaran kegemarannya.

Siapa yang duduk di hadapan televisyen? 

Waktu petang sudah berganjak ke senja. Aku mengintai ke ruang tamu dan aku lihat abah masih setia di hadapan televisyen tanpa bergerak. Aku sudah mula rasa tidak sedap hati tetapi cepat-cepat aku usir rasa yang kurang senang terhadap situasi tadi. Tiba-tiba aku dengar suara emak memberi salam di luar. Aku keluar daripada bilik untuk buka pintu. Aku terkejut bukan kepalang bila melihat emak bersama abah dihadapan pintu ketika itu. Siapa yang sedang menonton televisyen tadi?

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah televisyen dan aku lihat televisyen sudah ditutup dan tiada siapa di ruang tamu! Emak menegur aku apabila melihat muka aku tiba-tiba berubah menjadi pucat. Bila aku dengar azan maghrib berkumandang pada waktu itu aku terus rebah dan tidak sedarkan diri sehingga keesokan harinya.

Sehingga hari ini, aku boleh mendengar dan merasai ‘makhluk halus’ yang ada disekelilingku. Tapi apa yang boleh aku lakukan hanyalah berdoa supaya makhluk-makhluk ini tidak mengapa-apakan aku. Mereka pun makhluk Tuhan juga.

Perghh, inilah salah satu episod podcast Ais kacang yang sis dengar di Ais Kacang. Untuk kisah seram menarik yang boleh buat bulu roma korang berdiri, korang boleh layan podcast Ais Kacang dalam segmen Jangan Cerita di sini okay? 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my