Serious?!

Alahai! Dah kenapa main campak-campak keju dekat muka orang ni?

Oleh  | 

ZAMAN sekarang ni macam-macam cabaran yang orang buat di laman sosial akan jadi tular. Baru-baru ini Dhia tertarik dengan satu cabaran yang dikenali sebagai #cheesechallenge yang sedang tular di luar negara. Kalau korang nak tahu cabaran ini memerlukan korang melemparkan keju ke muka kanak-kanak. Alamak! Sampai hati ke?

Kebanyakan netizen yang berkongsi video di Twitter adalah golongan ibu bapa. Video tersebut menunjukkan reaksi spontan anak mereka yang dikatakan comel dan kelakar saat keju itu landing dekat atas muka mereka. Nama pun baby dah sah-sah lah comel tapi tindakan mereka ni comel ke tidak? Korang nilai lah sendiri.

Sebenarnya cabaran keju ini bermula dengan satu perkongsian video oleh seorang pengguna Twitter iaitu Yungholmes VE. Video tu menjadi tular apabila mendapat lebih 8 juta tontonan. Walau bagaimanapun, video berkenaan telah pun di padam kerana dia sendiri mengakui bahawa ianya sekadar untuk berlawak.

FOTO : Dailymail

Namun, rata-rata netizen rasa tercabar dan melakukan hal yang sama. Masing-masing rasa terhibur dan seronok tatkala melemparkan keju ke atas muka anak mereka. Ada juga yang agak marah dengan #cheesechallenge ini. Mereka merasakan yang challenge ini tidak patut dilakukan dan ada juga yang mengatakan orang dewasa perlu diajar seperti mana kanak-kanak.

Setakat ini Dhia belum nampak lagi perkongsian dari orang tempatan kita. Mungkin belum sampai lagi “demam” dia kot. Kalau dah sampai nanti diharap fikir-fikirkan lah dahulu sama ada ianya bermanfaat atau pun tidak. Biasanya kalau kita rasa something atau seseorang itu comel, rasa sayang, tak sampai hati dan kasihan akan datang secara automatik. Tak gitu?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my