Dhia Glam

Alamak, apa gaya rambut untuk ‘romantic dinner’ nanti?

Oleh  | 

CUTI hujung minggu dah nak tiba. Inilah waktunya untuk kamu keluar dengan yang tersayang untuk makan malam romantik. Bosan dengan gaya yang sama setiap kali keluar? Apa kata kali ini kamu cuba pula gaya rambut dan pakaian yang lain agar si dia tidak lepas pandang.

Rahsia untuk gaya yang menawan hanyalah stail yang simple tetapi menawan. Namun jika kamu tak ada idea tentang gaya rambut untuk berjumpa si dia. Ini kami kongsikan beberapa gaya rambut untuk kamu!

Tocang

FOTO: VPFashion

Kamu boleh gayakan rambut kamu dengan mendandan tocang disekeliling kepala kamu. Ia akan memberikan sentuhan neutral dan menjadikan kamu nampak ayu dan manis. Kamu juga boleh mengolah dan mengikat tocang dengan kreativiti kamu sendiri.

Ponytail

FOTO: VPFashion

Siapa kata gaya ponytail sudah ketinggalan zaman? Walaupun ia selalu digayakan semasa bersukan, ia juga adalah pilihan bijak untuk digayakan bagi menghadiri makan malam romantik bersama kesayangan kamu. Jika kamu seorang yang sibuk dan tidak suka mengambil masa yang lama untuk bersiap, ponytail adalah pilihan yang paling sesuai selain menampakkan kamu lebih elegan dan comel.

Lembut berombak

FOTO: VPFashion

Alahai cantiknya rambut lembut berombak dilepas beralun. Ia menampakkan  kamu seorang feminin, ayu, dan seksi pada masa yang sama.

High bun

FOTO: VPFashion

Ini adalah gaya rambut yang sangat sesuai jika kamu memakai dress. Ia menampakkan kamu sedikit messy tetapi seksi. Dipadankan pula dengan gaya smookey eyes yang mengancam! Pilihlah mana-mana gaya kesukaan kamu and yes, you are ready to go!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my