DhiaLova

Jatuh cinta pada teman sepejabat! Bahagia atau bala?

Oleh  | 

CINTA datang tanpa diundang. Tiada siapa yang dapat menjangka kerjaya profesional di pejabat mungkin boleh menerbitkan bibit-bibit perasaan dalam jiwa. Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana masa kamu banyak dihabiskan di pejabat.

Kamu mempunyai kesempatan untuk berkenalan, berinteraksi, mengenali karakter masing-masing sebelum menyedari kamu sudah jatuh hati padanya. Namun, sebelum kamu bertindak lebih serius untuk meneruskan perhubungan kamu, ini antara risiko yang perlu kamu pertimbangkan.

via GIPHY

Hilang pekerjaan

Ketika hubungan kamu bahagia, mungkin kamu tidak terasa kesannya. Namun apabila hubungan kamu menjadi tegang dan diuji dengan pelbagai masalah. Ia  akan memberi kesan kepada pekerjaan kamu. Tekanan dan masalah peribadi yang kamu hadapi mungkin boleh membuatkan kamu hilang fokus semasa bekerja. Kamu akan terbawa-bawa drama cinta sehingga menjejaskan reputasi kerja. Jika keadaan ini berlarutan, kamu mungkin boleh dibuang kerja.

Tidak produktif

Bayangkan si dia selalu berada depan mata, fikiran kamu mungkin akan sibuk memikirkan si dia. Kamu akan mengintai dan bergurau dengannya sehingga mengganggu produktiviti kerja kamu. Ia juga mungkin menimbulkan perasaan tidak selesa rakan sekerja kamu.

Dijauhi teman

via GIPHY

Lebih rumit lagi jika si dia yang buat kamu jatuh cinta ialah seseorang yang mempunyai jawatan yang tinggi dalam syarikat. Kamu harus berhadapan dengan persepsi orang yang menganggap kamu sedang ‘kipas’ bos  hanya untuk mendapatkan promosi dan kenaikan gaji. Bersedialah untuk dijauhi rakan-rakan sepejabat kamu kerana drama politik di tempat kerja memang wujud.

Kamu harus berhati-hati dengan apa yang kamu lakukan agar tidak menimpulkan salah faham seperti isu pilih kasih. Namun jika memang itu jodoh kamu, bijak-bijaklah menjaga diri dan sentiasa bersikap profesional.

Sumber: Monster.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my