D-Life

Alamak! Kawan kena panic attack, apa perlu korang buat? Dengan pantas, baca ni!

Oleh  | 

MENGIGIL, berpeluh dan sukar untuk bernafas! Pernah tak korang menyaksikan orang sekeliling korang tiba-tibe je jadi macam apa yang sis tuliskan tadi? well, kalau korang nak tahu, itu lah dia panic attack atau anxiety attack. Kedua-dua serangan ni mempunyai simptom yang lebih kurang.

Akan tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu apa untuk dilakukan bila seseorang itu mengalami serangan-serngan tersebut. Jadi, amatlah penting untuk korang ambil tahu cara-cara untuk mengawal dan apa yang perlu dilakukan.

Ini adalah langkah-langkah yang perlu korang lakukan jika orang sekeliling korang kena serangan ni.

Tarik nafas panjang

Pastikan korang berada dekat dengan mangsa dan cuba sehabis boleh untuk membantu dirinya untuk tarik nafas panjang berkali-kali. Hal ini disebabkan apabila serangan berlaku, mangsa lebih cenderung untuk merasa lemas dan sesak nafas. Dengan cara ni, dapat membantu menenangkan mangsa daripada menjadi lebih teruk.

Kenalpasti serangan panik

Apabila korang tahu jika seseorang berada dalam panic attack, korang boleh mengingatkan diri bahawa ini hanyalah sementara. Kekalkan dalam minda bahawa ini adalah sementara. Langkah ini dapat membuatkan korang jauhkan diri dari perasaan dying, fear dan sebagainya. 

Pejamkan mata

Memejamkan mata dapat membantu untuk mengawal perasaan panik, pesan pada mangsa untuk pejamkan mata. Ini disebabkan, dapat membantu mangsa lebih senang untuk fokus pada pernafasan dan kekal alert dengan keadaan sekeliling.

Amalkan konsep ‘mindfulness’

Mindfulness dapat membantu seseorang individu untuk kekal dengan realiti kehidupan. Serangan panik akan membuatkan seseorang untuk merasakan diri terasing daripada semua perkara realiti. Jadi, apa yang korang boleh buat adalah, memastikan individu merasakan keadaan sekeliling seperti, memijak pasir, merasakan barang atau keadaan sekeliling dengan tangan. Ini dapat membantu seseorang untuk tetap fokus untuk kawal diri.

Focus pada sesuatu objek

Sesetengah individu akan menjadi lebih terkawal jika mereka mempunyai sesuatu untuk difokuskan ketika serangan terjadi. Jadi, korang ambilkan sesuatu yang boleh dipegang dan menyatakan tentang kepentingan objek tersebut. Serangan boleh jadi terkawal jika berjaya membantu mangsa untuk fokus pada perkara yang lain.

Semoga tips yang sis kongsikan pada korang ni bermanfaat dan sekarang korang dah tahu nak buat apakan? Jangan takut untuk membantu. Be that hero kepada yang memerlukan okay?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my