D-Life

Alamak, kenapa eh payudara belah kiri lebih besar daripada yang kanan?

Oleh  | 

PERNAH tak kamu tertanya-tanya kenapa saiz payudara kamu tidak sama? Mulalah fikiran kamu berfikir yang bukan-bukan. Bertenang! Semua itu normal. Mari kami ceritakan kenapa.

Menurut Dr Jessica A. Shepherd daripada Minimally Invasive Gynecology di University of Illinoia, Chicago menyataan ada teori yang bercakap tentang perbezaan ukuran payudara.

Perbezaan saiz payudara biasanya disebabkan faktor hormon semasa proses puberty. Payudara yang mengalami tingkat estrogen paling tinggi akan mengalami kadar pertumbuhan lebih cepat.

via GIPHY

Majalah Menshealth pula menjelasan bahagian kiri tubuh akan lebih sensitif. Ia akan mempengaruhi hormon seperti estrogen yang memainkan peranan penting terhadap pembentukan saiz payudara

Selain itu, terdapat juga teori lain yang menjelaskan payudara kiri lebih besar berbanding kanan kerana ia terletak dekat di bahagian jantung. Ertinya, ia memiliki banyak pembuluh darah, urat nadi dan lapisan lemak untuk tujuan melindungi jantung.

Oleh itu, jika saiz payudara kamu tidak sama saiz, jangan risau. Namun, sekiranya kamu merasakan ada benjolan di sekitar payudara atau bawah lengan, lekaslah berjumpa doktor untuk pemerisaan lanjut.

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my