Sayang Dhia

Alamak! kenapa period tiba-tiba sekejap bulan ni?

Oleh  | 

DATANG bulan atau haid adalah petanda kesuburan bagi setiap perempuan. Pernah tak kamu berada dalam situasi kitaran period kamu tidak teratur? Kebanyakkan perempuan pernah mengalami situasi begini sama ada period datang awal dan habis lebih cepat berbanding biasa.

Jangan khuatir! tempoh haid sekejap atau hypomenorrhea  ini didorong oleh beberapa faktor sama ada dipengaruhi oleh perubahan hormon atau perubahan pada organ dalaman kamu.

Mengandung

via GIPHY

Ada yang tidak sedar bahawa dirinya sedang hamil sehinggalah merasakan perutnya benar-benar membesar.

Walaupun jarang berlaku, namun antara petanda lain kehamilan ialah apabila jumlah darah haid kamu berkurangan berbanding selalu.

Berat badan anda meningkat dan menurun secara drastik

Hormon dalam tubuh sangat sensitif. Maka ia memerlukan keseimbangan antara protein, karbohidrat, lemak dan vitamin agar boleh membantu mengawal tubuh badan kamu dengan normal. Jika tidak, kamu perlu melihat kembali cara pemakanan kamu.

Stres

via GIPHY

Selain itu, tekanan emosi dan fizikal juga mempengaruhi perubahan hormon. Perkara seperti kehilangan orang yang  kamu cintai atau kamu melakukan aktiviti olahraga berlebihan juga boleh mengundang kitaran haid kamu menjadi tidak stabil.

Tiroid

via GIPHY

Tiroid merupakan kalenjar yang berfungsi mengawal suhu tubuh dan pencernaan.  Maka, tiroid yang terlalu aktif akan mempengaruhi tekanan jantung, darah,  dan otot. Ia juga boleh mempengaruhi putaran haid kamu sehingga mengakibatkan kamu tidak datang bulan.

Proses penuaan

Jika haid kamu singkat, bukanlah bermakna kamu sudah tua. Tetapi, ia adalah proses penuaan yang normal membuatkan putaran haid berubah.

Namun, jika kamu masih ragu, bertemulah pakar untuk memastikan kamu berada dalam keadaan yang selalu sihat.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my