Serious?!
Alamak! Muda lagi dah beruban macam mana ni? Senang je…..
HI semua! Selalunya, kita semua tengok uban yang tumbuh ni kan dekat orang-orang yang dah berusia. Dan mula lah macam-macam spekulasi yang kita dengar. Tapikan lately, sis tengok yang muda pun dah banyak beruban! Sesetengah orang tak kisah pun bila rambut dah mula beruban dan ada pulak yang tak suka.

Sis faham sebab, uban ni merupakan simbol kepada penuaan dan pada sesetengah orang, boleh sampai menjatuhkan keyakinan diri. So, korang jangan risau, baca dan amalkan tips yang sis nak kongsikan dekat korang ni.
Lindungi kepala daripada cuaca panas

Apabila kepala korang terdedah dengan sinaran matahari dan cuaca panas yang berlebihan, ia boleh menjadi salah satu penyebab uban tu tumbuh dan menjadikan kulit kepala kering. Bila perkara ini sering terjadi, ia akan menyebabkan risiko untuk penuaan menjadi lebih cepat. So what can you guys do is, kalau keluar rumah, pakailah topi atau payung dan elakkan untuk mencuci rambut menggunakan air yang panas dan penggunaan hair dryer yang panas juga tidak digalakkan ye.
Makan makanan kaya dengan Vitamin B12

Dari segi permakanan, korang pun kenalah jaga. Untuk pulihkan balik masalah uban, korang kena makan makanan yang kaya dengan Vitamin B12. Ia mampu untuk menjaga kesihatan kulit kepala tau. Antara makanan yang kaya dengan vitamin B12 adalah keju, buah plum dan cranberry.
Minyak Zaitun

Penggunaan minyak zaitun pada rambut mampu berikan nutrisi yang bagus pada kulit kepala dan juga rambut. Jadi kerapkan penggunakan minyak zaitun pada rambut kita supaya rambut tidak kering dan kurang nutrisi.
Meditation

Meditasi merupakan satu cara yang baik untuk membantu mengurangkan stress pada diri. Stress juga mampu untuk menyumbang kepada masalah uban di rambut. Bila korang tak stress, baru lah minda boleh berfungsi dengan baik!
Nak cantik ni kenalah ada usaha yang tinggi geng! Kalau malas nak pikir sangat, ikut je apa yang sis dah kongsi ni. Selamat mencuba!
Sumber: honestdocs





Komen Terkini