Serious?!

“Alami kemurungan sejak tiga hari lalu,” Atlet renang bagi ‘hint’ di IG sebelum bunuh diri

Oleh  | 

KALAU dilihat kembali headline berita akhir-akhir ini, banyak kes depresi dan kemurungan dilaporkan sehingga meragut nyawa. Jelas sekali isu tentang kemurungan ini bukanlah sekadar cakap-cakap kosong. Penderitaan yang dilalui oleh mereka yang mengalami kemurungan sangat luar biasa.

Tidak pasti apa yang bergolak di dalam hati atlet renang bernama Ayrton Lim ini. Namun apa yang pasti tanda-tanda kemurungan telah dapat dilihat dengan jelas sejak tiga hari lalu. Bukan itu sahaja, atlet itu sempat memuat naik sebuah gambar yang bertulis satu mesej menandakan yang dia akan pergi.

FOTO: Twitter Nimelesh

Selepas pulang dari mengambil anak di sekolah. Alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapari anaknya, Ayrton sudah tidak sedarkan diri di ruang tamu. Si ibu cepat-cepat menelefon pihak Hospital Umum Sarawak. Mimpi ngeri sudah terjadi, anak kesayangan telah disahkan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kemurungan mungkin adalah punca kematian kerana tiada unsur jenayah ditemui dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya lagi, mangsa juga memang mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia dan baru sahaja pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my