Serious?!

Ali Kugiran Masdo dedah buat lagu sebab bekas kekasih curang…

Oleh  | 

“CURANG” adalah perkataan ngeri bagi semua pasangan bercinta. Namun sekiranya mimpi ngeri itu menjelma menjadi kenyatan, bersedialah untuk menghadapi masa-masa patah hati yang mendukacitakan.

Namun, jika kamu dilahirkan sebagai seseorang yang mempunyai hati yang halus dengan bakat menulis lagu, luka boleh menjadi sesuatu yang indah untuk dijelmakan di dalam karya.

Ali yang merupakan penyanyi utama Kugiran Masdo mendedahkan terdapat lagu yang ditulisnya menceritakan kisah hidupnya.

“Saya pernah dicurangi. Namun saya ambil perkara itu sebagai sumber inspirasi untuk saya menulis lagu” katanya kepada Team Dhia.

Bercakap tentang lagu yang dimaksudkan, Ali mendedahkan lagu tersebut bertajuk Kecundang yang tersenarai dalam album nyanyian Kugiran Masdo.Lirik yang paling mengesankan menurutnya ialah pada rangkap terakhir lagu berkenaan yang berbunyi:

“Bukankah sudah dibilang

jangan kau puja dia

sampai engkau kecewa

Kecundang”

 

Apabila ditanya apakah yang dirasanya terhadap mereka yang curang dalam percintaan, Ali berpendapat ia adalah tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pasangan bercinta.

“Ini tak boleh. Kita betul-betul setia dan sayang padanya. Tapi hujung-hujung dia buat kita.” Tambahnya lagi.

 

Kesal dengan apa yang dilaluinya, Ali selalu mengambil pesan ibunya agar tidak  terlalu menyayangi seseorang.

Kugiran Masdo ialah band indie yang dianggotai oleh Ali, Azham Ahmad, Putu Ceri dan Asmawi yang membawa sentuhan pop 60 an dalam setiap karya dan muziknya. Lagunya yang terkenal bertajuk Bunga telah mendapat tontonan 4 juta penonton di Youtube.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my