Dhia Glam

‘Alis The Gotham Black’ paling laku dalam koleksi Yuna X Christy Ng

Oleh  | 

BUKAN sahaja berbakat dalam menulis lagu dan bernyanyi malah pemilik nama penuh Yunalis binti Mat Zara’ai terus mengorak langkahnya dalam dunia perniagaan.

Tidak hanya menguruskan perniagaan baju di bawah labelnya sendiri, Yuna tampil menghasilkan koleksi beg dan kasut dengan pelbagai warna bersama dengan pereka kasut terkenal iaitu Christy Ng.

FOTO: Shahir. Jpeg

Koleksi kolaborasi beg dan kasut ini menampilkan 7 warna berbeza yang sesuai bermula daripada mereka yang berumur 18 tahun sehingga umur golongan wanita yang bekerjaya. Daripada kesemua warna yang ditawarkan, warna hitam atau Alis The Gotham Black telah menjadi model beg paling laku dijual beberapa jam selepas ia dilancarkan.

Melalui laman Twitternya ,Yuna memberitahu bahawa warna yang paling mendapat perhatian ialah warna hitam diberi nama Alis The Gotham Black dan stok untuk beg itu akan ditambah dalam kadar segera.

Merah pilihan Yuna

FOTO: Shahir. Jpeg

Apabila ditanya apakah warna yang paling menjadi pilihannya dalam koleksi terbaharunya. Pelantun lagu Terukir Di Bintang itu tersenyum sebelum mengakui sangat menyukai warna merah.

Lebih manis apabila Yuna mengakui dia dan suaminya berkongsi warna kegemaran serupa.

Intai-intai dunia fesyen

Selain bergiat aktif dalam bidang seni suara, Yuna tidak menolak untuk menceburkan diri dalam bidang fesyen beberapa tahun akan datang sekiranya mempunyai masa dan ruang.

Namun untuk masa sekarang, dia nampaknya lebih selesa untuk memberi fokus kepada dunia muzik dan nyanyian.

Apapun Dhia nak ucapkan All the best untuk kolaborasi ini dan kerjaya Yuna selepas ini!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my