Be-You-Ty

Aloe vera, atasi masalah rambut gugur

Oleh  | 

BAGI wanita yang berambut panjang masalah rambut gugur pasti melanda. Sampaikan satu masa boleh menimbulkan perasaan takut kalau banyak sangat gugur sampai botak!

Penting bagi korang untuk mengetahui cara untuk atasi masalah rambut gugur ni. Kalau korang gagal untuk kawal atau tak buat apa-apa, melainkan kalau korang tak kisah botak tengah then tak perlulah risau.

Tapi pada yang memang menjaga rambut, lebih baik korang amalkan dengan menggunakan Aloe Vera. Macam mana caranya? Nah sis ajar korang.

Carilah pokok aloe vera dan pastikan korang bersihkan dengan baik. Buangkan getah pada aloe vera tersebut. Bila dah bersih, korang boleh buangkan kulit dan ambil isinya.
Ikut pada pilihan masing-masing, korang boleh blend atau hancurkan mengikut secukupnya yang korang perlukan. Bila isi aloe vera tersebut dah hancur, korang tepek kan saja di kulit kepala.
Urutlah kulit kepala korang tu selama beberapa minit. Korang boleh bilas pada esok hari atau biarkan saja dalam 30 minit kemudian bilas. Kalau nak hasil yang cepat, korang biarkan selama satu malam.
Repeat petua yang sama  seminggu dalam dua ke tiga kali. Korang akan nampak perbezaannya dalam masa dua ke tiga minggu. Kalau rambut korang kasar, korang boleh gunakan minyak perapi rambut untuk elakkan daripada mengembang atau kasar.
Semoga petua ni bermanfaat pada korang yang tengah ada masalah rambut gugur tu okay!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my