Be-You-Ty

Amalkan 5 tips ini untuk atasi masalah rambut seperti sabut

Oleh  | 

RAMBUT sering dikatakan sebagai mahkota kepada seorang perempuan. Tak kiralah bertudung ataupun tidak, rambut tetap kena jaga.

Kadangkala penjagaan rambut yang salah juga boleh menyebabkan berlakukan kekusutan dan rambut pula menjadi lebih kasar.

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak atasi masalah rambut kusut, keras dan kasar tu!

Tidak perlu kerap mencuci rambut

Rambut juga boleh menjadi kering jika korang terlalu kerap mencuci dengan shampoo. Tambah pula, rambut kita ni memerlukan minyak yang dihasilkan secara semulajadi dari kepala.

Oleh sebab itu, shampoo rambut jika berbau dan terlalu berminyak.

via GIPHY

Minyak Zaitun

Minyak zaitun ni bukan hanya bagus untuk kulit sahaja, malah kelebihannya juga boleh dimanfaatkan pada rambut juga.

Minyak zaitun boleh memberikan pelindungan pada rambut daripada menjadi rosak dan caranya mudah sahaja, sapukan minyak zaitun pada rambut, biarkan selama 10 minit dan cuci menggunakan shampoo.

via GIPHY

Minyak kelapa

Minyak kelapa sangat bagus untuk melembut dan melebatkan rambut. Sapukan minyak kelapa dan urutkan pada kulit kepala dalam 10 minit kemudian cuci menggunakan shampoo. Amalkan dalam 2 kali seminggu untu hasil yang baik.

via GIPHY

Lidah buaya

Lidah buaya sangat bagus untuk melebatkan rambut. Caranya senang sahaja, dapatkan isi lidah buaya dan hancurkan menggunakan garfu. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit atau lebih baik, semalaman. Setelah selesai, bilaslah menggunakan shampoo.

via GIPHY

Pisang

Buah pisang sangat sesuai untuk melembutkan rambut yang kasar itu. Caranya mudah sahaja, hancurkan isi sebiji buah pisang sehingga lumat. Setelah itu, sapukan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sehingga bersih.

via GIPHY

 

Sumber:Bidarari.my

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my