D-Life

Amalkan senaman ini untuk ketatkan ‘Miss V’ kamu

Oleh  | 

PADA zaman kini, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan kamu berisiko kehilangan dara, bukan melalui hubungan seksual sahaja ya. Gaya hidup yang aktif gadis-gadis masa kini juga boleh menjadi penyumbang kepada Miss V kamu longgar. Ini bukan lagi mitos, malah fakta.

Banyak kontroversi yang menyelubungi isu dara ini. Hakikatnya, baik wanita yang sudah mendirikan rumah tangga atau masih bujang, penjagaan rahim sangat penting.

via GIPHY

Senaman untuk ketatkan rahim

Kamu pernah dengar senaman Kegel? Senaman ini dapat memperkuat otot lantai pelvis yang menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan rektum. Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana, bila-bila masa sahaja.

Selain mengetatkan vagina, senaman Kegel juga dapat membantu melancarkan pembuangan air kecil, juga membantu melancarkan proses bersalin bagi wanita hamil.

 

Cara-cara melakukan senaman Kegel

Senaman Kegel boleh dilakukan sambil berbaring, duduk, berdiri atau berjalan kaki. Jika kamu seorang novice, maka kamu boleh mulakan senaman ini sambil berbaring, dengan kedua-dua lutut anda diangkat.

Untuk menentukan kedudukan otot lantai pelvis, kamu perlu kemutkan rahim kamu seolah-olah kamu sedang menahan buang air kecil. Otot yang mengecut itulah otot lantai pelvis kamu.

via GIPHY

Jika kamu sudah dapat mengenal pasti kedudukan otot lantai pelvis kamu, ikuti langkah ini:

  1. Kemutkan otot lantai pelvis anda selama tiga saat.
  2. Ketika mengemutkan otot anda, jangan tahan nafas atau kecutkan otot perut, paha dan punggung.
  3. Lepaskan otot lantai pelvis semula selama 3 saat
  4. Ulangi latihan otot ini hingga 10 kali.
  5. Untuk hasil yang lebih maksimum, lakukan senaman ini sebanyak tiga kali sehari.

Jika kamu sudah lazim melakukan senaman ini, lama-lama kamu bolehlah tingkatkan tempoh kamu menahan otot lantai pelvis kamu. Mungkin daripada 3 saat kamu boleh tingkatkan kepada 5 saat pula, kemudian 10 saat pula. Berikan jeda masa yang sesuai. Jangan lupa untuk bernafas seperti biasa ketika melakukannya.

via GIPHY

Jika kamu sudah pro nanti, kamu tidak perlu lagi lakukannya sambil berbaring. Kamu boleh lakukannya sambil duduk melakukan kerja di pejabat, sambil makan malah sambil berjalan!

Pesanan akhir; jangan sesekali tahan otot lantai pelvis kamu ketika buang air kecil. Nanti sia-sia sahaja senaman Kegel kamu.

Kalau kamu benar-benar ikut langkah senaman ini, barulah miss V kamu ketat dan kamu tidak malu dengan suami/bakal suami kamu!

Selain senaman untuk miss V, kebersihan miss V pun perlu di jaga tau. Cuba tengok kat sini. Mana tau ada penjimatan lebih!

Sumber:  Hello Sehat

 

Buat korang yang nak cuba product baru, nah! ini dari Cellnique nak bagi korang 5% off untuk pembelian pertama di Cellnique Official Website. 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my