Be-You-Ty

Amalkan tips ini untuk muka glowing tanpa make-up!

Oleh  | 

PEREMPUAN mana yang tak nak kulit muka glowing secara semula jadi kan? Asyik guna make up je untuk nampak cantik. Sekarang ni no-makeup look pun dah ada tutorial guys.

Selain dari mencuba untuk nampak natural menggunakan make up, apa kata kita guna cara semula jadi untuk nampak berseri dan cantik secara semula jadi?

Bila menggunakan tips untuk cantik secara semula jadi ni, tak perlu berusaha untuk touch up sana sini. Kecantikkan semula jadi ni lagilah bertahan lama dan kulit pun sentiasa sihat!

via GIPHY

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang langkah mudah untuk mengekalkan seri wajah tanpa perlu menggunakan make up. Yang perlu ada hanya lah kerajinan sahaja.

Caranya mudah sahaja, korang tak perlu nak beli steamer ke apa, hanya gunakan air didihan sendiri dan masukkan hirisan lemon, tomato atau timun. Tekupkan wajah dekat dengan air panas selama 10-20 minit. Nak cantik cepat, lakukan setiap minggu! Steam wajah baik untuk menaikkan seri wajah muka tau.

via GIPHY

Lagi satu langkah mudah adalah dengan menggunakan kunyit hidup. Kunyit hidup mempunyai banyak khasiat dan merupakan bahan semula jadi yang berkesan dalam memutihkan kulit.

Foto:Unsplash

Caranya mudah saja, campurkan satu sudu kunyit hidup yang dikisar halus bersama setengah sudu madu. Gaulkan sehingga ia menjadi seperta pes dan urutkan pada wajah sehingga rata. Biarkan pada kulit sehingga 10 minit dan bilas dengan air bersuhu bilik sehingga bersih.

via GIPHY

Lagi satu sis nak tambah, korang harus merawat kulit sebelum tidur. Ini agar dapat membantu korang mengekalkan keanjalan kulit dan pastikan kulit bersih sebelum tidur! Sudah tentu rawatan segala ini lebih cepat prosesnya jika korang mengamalkan minum air yang secukupnya.

Lastly, korang boleh cuba untuk membuat rawatan di pusat-pusat kecantikkan untuk memanjakan kulit. Tak payah risau tentang harga rawatan, superdeals ni ada promosi untuk rawatan glowing kulit muka. Rugi kalau tak ambil peluang sekarang. Harganya pun kurang daripada RM100!

 

Sumber:Apakes.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my