Serious?!

Ambil keputusan berhenti nyanyi, Altimet dedah perjalanan sukar 10 tahun dalam industri

Oleh  | 

NAMA Altimet sememangnya tidak asing lagi dalam arena seni suara tanah air. Pemilik nama sebenar Syed Abdul Rahman Alhadad ini juga pernah menggenggam trofi Anugerah Persembahan Terbaik semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) pada tahun lalu.

Cukup mengejutkan apabila nama besar ini membuat keputusan untuk bersara dalam bidang nyanyian. Bagi meneruskan hasrat itu, komposer dan penyanyi rap terkenal itu menghasilkan album terahirnya yang bertajuk ‘O’ yang menceritakan perjalanannya dalam indstri seni tanah air selama sepuluh tahun.

Menyingkap peristiwa suka dan duka yang pernah terjadi kepadanya. Altimet berkata membawa genre rap dan hip hop sememangnya sesuatu yang sukar kerana ia bukanlah muzik yang sebati dengan ‘selera’ muzik masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya  cenderung kepada lagu-lagu balada.

“Sepuluh tahun lepas saya pernah ada perasaan nak give up. Saya tekad buat satu lagi lagu. Saya kata kalau lagu ni tak jalan juga, tak apalah saya pergi cari kerja lain.

“Tapi lagu Chantek diterima. Saya ambil itu sebagai isyarat dari Tuhan yang seolah-olah meyakinkan bahawa saya perlu teruskan perjalanan ini” katanya ketika ditemui di sidang media pengumuman album ‘O’ di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tidak berhasrat mencipta lagu hanya untuk tujuan berhibur. Altimet ternyata mempunyai falsafah yang dipengangnya sepanjang berkarya iaitu untuk memberikan sentuhan yang menceritakan dengan masyarakat.

“Falsafah saya ialah rap untuk  masyarakat. Kalau bercakap tentang lagu rakyat, orang akan fikir ia adalah lagu-lagu asli. Tapi sebenarnya tak. Lagu rakyat ni adalah lagu yang menceritakan hal rakyat.

“Jadi, inspirasi  saya berkarya  ialah rakyat. Disebabkan majoriti orang Malaysia tinggal di kotaraya, saya menceritakan hal mereka di dalam karya dan itulah sebabnya mereka boleh terima.”

Bercerita tentang perancangannya selepas berhenti bernyanyi, Altimet bagaimanapun akan meneruskan kerja di belakang tabir seperti menulis dan mencipta lagu untuk para artis.

Beliau turut berhasrat akan muncul penyanyi hip-hop dan rap di masa akan datang yang jauh lebih hebat daripadanya.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my