Serious?!

Ambil lesen dengan tenang! Lepas ni tiada lagi pegawai JPJ duduk sebelah calon waktu ujian memandu

Oleh  | 

KALAU sebelum ini korang dah dengar banyak cerita orang yang tak lulus ujian JPJ sebab terlalu gabra dengan kewujudan pegawai JPJ dekat sebelah. Ha, nampaknya korang dah tak payah risau sebab Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) katanya nak laksanakan sistem latihan dan ujian memandu yang baru.

Sistem baharu automatik (e-Testing)  ini akan mengukur prestasi calon ujian memandu yang akan dijalankan secara automatik  dan keputusan ujian akan dijalankan secara berkomputer. Pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk pantau dan beri arahan kepada calon.

“Apabila sistem ini dilaksanakan, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon,”

“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,” katanya  Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Sistem baharu ini akan mula dijalankan bermula Jun depan.

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.

“Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.

“JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari,” katanya.

Sumber: Says

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my