Serious?!

Amboi, hebatnya ‘marketing’ Adabi guna gajah untuk ‘promote’ serbuk kunyit!

Oleh  | 

BARU-BARU ini tular di media sosial seekor gajah dilumurkan dengan serbuk kunyit! Jangan terkejut guys sebenarnya ini adalah sebuah kerjasama pihak Adabi Consumer dengan Zoo Negara untuk “memandikan” gajah dengan serbuk kunyit pada 18 Mac kelmarin.

FOTO: Twitter

Korang mesti pelik kan kenapa nak lumur serbuk kunyit pada gajah? Motif? Ha, ni lah sebenarnya Dhia nak share kepada korang. Seperti yang kita sedia maklum, kunyit memang bagus untuk merawat kulit. Sebenarnya penggunaan kunyit memang dipraktikkan di setiap zoo kepada gajah kerana kunyit dapat membantu menyihat dan merawat kulit gajah.

Pada pagi itu, sebanyak 7kg serbuk kunyit telah digunakan untuk dilumurkan ke seluruh badan gajah. Berapa lama lah agaknya masa yang diambil dan berapa orang tenaga pekerja yang diperlukan untuk melumur kunyit kepada seekor gajah? Bukan itu sahaja, Adabi juga menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan produknya iaitu serbuk kunyit.

FOTO: Twitter

Menerusi akaun twitter produk Adabi sendiri, mereka telah berkongsi khasiat penggunaan kunyit. Kalau korang nak tahu serbuk kunyit boleh bertindak sebagai anti septic pada kulit seperti membantu merawat luka kecil, gigitan serangga dan berfungsi sebagai agen pemutih.

Comel je bila tengok gajah dilumur dengan serbuk kunyit. Ingat kita je jaga kulit. Gajah pun jaga juga okay! Kelas gajah sekarang!

FOTO: Twitter

Tweet ini telah menarik minat netizen di Twitter. Mereka telah meninggalkan respon di ruangan komen  dengan jenaka-jenaka tentang gajah dan Adabi. Tak sangka netizen ni kelakar juga. Sis terhibur okay .

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

FOTO: Twitter

Lepas ni marilah kita sama-sama nantikan ada tak lagi marketing yang macam ni. Kreatif, lucu dan menghiburkan. Gajah tu comel betul! Geram sis.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my