Serious?!

Amboi, mesranya pasangan ini semasa hari ulangtahun Shawn Mendes!

Oleh  | 

RASANYA hubungan cinta di antara Camila Cabello dan Shawn Mendes tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun masing-masing belum membuka mulut secara rasmi tentang perhubungan mereka, namun mereka seringkali dilihat keluar bersama di khalayak ramai seperti pasangan kekasih.

Baru-baru ini, mereka dilihat berjalan di New York semasa ulangtahun kelahiran Shawn Mendes pada Rabu lalu (8/8/2019). Seorang warganet telah memuatnaik sebuah video kemesraan di laman Twitter baru-baru ini.

Pasangan yang sering menggelarkan hubungan mereka hanya sekadar sahabat ini kelihatan berjalan sambil berpegangan tangan dengan mesra sekali. Mesra macam ni sekali pun masih taknak mengaku bercinta ye?

Selain tersebarnya video kemesraan mereka, Portal E! juga telah memberitahu bahawa pasangan ini dilihat bersarapan pagi di Jack’s Wife Freda di New York City sekitar pukul 10 pagi.

Ini bukan kali pertama pasangan ini menunjukkan kemesraan mereka di hadapan umum. Sebelum ini mereka dilihat bercium dihadapan orang ramai seperti pasangan kekasih di Malibu selepas Shawn Mendes melakukan konsertnya disana.

Image result for camila cabello shawn mendes

Takpelah, kita tunggu sahaja mereka berdua buka mulut mengaku.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my