D-Life

Anda tertekan? Jangan makan benda lain, cari pisang

Oleh  | 

STRESS stress dan stress! Tak kira lah dari mana pun, semua orang stress termasuk sis. Stress ni kalau boleh kawal, tak ada masalah lagi. Tapi, kalau dah tak boleh kawal, mula lah segala jenis penyakit sampai.

Sesetengah orang tak reti untuk kawal stress dan walaupun dah cuba macam-macam pun tak boleh menjadi jugak. Stress pun hilang buat sementara lepas tu datang balik.

So disebabkan ramai yang stress dan memang tak dapat nak larikan diri daripada stress, sis nak suggest kan dekat korang untuk makan buah pisang sebanyak dua biji satu hari.

Seorang doktor, berkongsikan kelebihan dan keburukan buah yang berwarna kuning ini pada kita semua. Mengikut doktor tersebut, beliau memberi nasihat pada kita agar tidak perlu takut untuk makan buah pisang. Ini disebabkan buah pisang ni merupakan kaya dengan mineral potassium dan asid folat.

Ia boleh memberi tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat barang dan sebagainya. Namun, bagi individu yang mempunyai penyakit kencing manis, perlu berhati-hati kerana ia boleh memudaratkan.

Kelebihan Buah Pisang

1.Membantu mengurangkan rasa sengugut apabila mineral potassium membantu merehatkan ketengangan pada otot rahim.

2.Membantu memberikan dan menambahkan tenaga dengan cepat bagi yang mahu mengamalkan intermitten fasting. Ketika berpuasa juga dapat membantu!

3.Menyebabkan kita mudah kenyang dan lambat merasa lapar, Jadi dapat membantu mengurangkan berat badan.

4.Fiber dalam pisang membantu mengatasi masalah sembelit dan menstabilkan sistem penghadaman.

5.Dapat meningkatkan mood positive dan dapat mengurangkan tekanan.

Sis harap tips dan kelebihan ni dapat membantu korang release stress dan kalau korang tak percaya, korang cubalah amalkan makan pisang sebanyak dua biji sehari!

 

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my