Serious?!

Andrew Cunanan Si pembunuh pereka fesyen Versace!

Oleh  | 

SEBUT saja brand Versace, siapa je yang tak pernah dengarkan? Ha yes, hari ini sis nak kongsikan dekat korang kisah seorang pembunuh bersiri dan seorang pereka fesyen yang terkenal satu dunia tu, Gianni Versace.

Korang tahu tak ada kisah hitam disebalik pereka fesyen ini dan Andrew Cunanan, seorang pembunuh bersiri di mana motifnya masih lagi kekal misteri sehingga kini.

Andrew Cunanan merupakan seorang lelaki yang mempunyai IQ setinggi 147! Kalau ikutkan tahap IQ manusia yang biasa diantara 90-110 sahaja. Pembunuh bersiri bijak ini mampu fasih berkomunikasi dalam 7 bahasa berbeza diawal remaja. Dan pembunuh bersiri ini tidak mempunyai masalah semasa membesar bersama keluarga.

Foto:thefamouspeople.com

Pada ketika usia remaja, Andrew mula mendalami habit menipu dan sering menceritakan kisah yang hebat-hebat tetang keluarganya dimana sebenarnya tidak pun benar. Lelaki ini dikatakan mempunyai nafsu yang pelik terhadap lelaki yang kaya. Pada usia 19 tahun, Andrew bergaduh dengan ibunya dan mencampak ibunya ke dinding rumah sehingga ibunya cedera pada bahagian bahu.

Akibat perbuatannya itu, Andrew menjalani pemeriksaan mental dan mendapati Andrew mengalami antisocial personality disorder di mana mempunyai ciri-ciri kurang simpati dan tidak ada perasaan serba salah. Apa yang menyebabkan lelaki ini mula membunuh masih lagi tidak diketahui.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Andrew melibatkan dirinya dengan pengambilan dadah dan mempunyai minat yang mendalam terhadap violent pornography. Mangsa pertama yang dibunuhnya adalah bekas kekasih lelaki Jeffrey Trail di mana Andrew memukulnya dengan sebuah tukul sehingga mangsa mati.

Setelah dibantu oleh David Manson, seorang lagi bekas kekasih lelaki untuk menghapuskan mayat Jeffrey, Andrew bertindak membunuh dengan menembak David di bahagian kepala dan mencuri keretanya. Setelah memandu kereta David ke Chicago, Illinois dan menikam Lee Miglin lebih daripada 20 kali dan mengelar leher beliau menggunakan gunting kebun.

Pembunuhannya berterusan ke mangsa seterusnya William Reese dengan menembak mangsa sehingga mati dan mencuri kereta mangsa unutk meneruskan perjalanannya ke Florida dimana pembunuhan terakhirnya berlaku disitu.

Foto:nosleeptheblog.blogspot.com

Andrew menjejaki Gianni Versace selama dua bulan sebelum menembak mangsa sebanyak dua kali dihadapan rumahnya. Setelah beberapa hari selepas kejadian itu Andrew ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri. Sehingga kini motif pembunuhannya masih lagi kekal misteri!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my