Serious?!

Annabelle in a real life! Ibu bongkar misteri patung berhantu milik anak di Sarawak

Oleh  | 

KALAU korang pernah menonton kisah Annabelle tentang sebuah patung yang dipuja sehingga mempunyai semangat jahat di dalamnya. Mungkin korang beranggapan ia hanyalah sebuah kisah yang direka-reka.

Namun, cerita misteri yang sama berulang apabila Puan Muda Nina Syssabell membelikan sebuah patung di Sarawak untuk anaknya yang bernama Hanna. Pelbagai kejadian aneh menimpanya semenjak itu.

“Benda itu macam nak bagitahu yang dia ada. Dia tedang katil, nak tidur tak boleh sebab rasa ada yang memerhati, buka tutup pintu tandas, dengan bunyi air keluar padahal paip elok sahaja tertutup,” cerita Nina.

Tidak tahan dengan kejadian mistik dan aneh yang menimpa keluarganya. Nina pun mengambil keputusan untuk berjumpa ustaz.

“Ustaz buka hijab saya tuk lihat rupa ‘dia’. Dia bongkok tiga, kedut beribu. ‘Dia’ asal Sarawak dan menumpang ikut kami balik rumah,”

“Alhamdulillah, ustaz dah hantar dia ke alam dia. Benda tu mencari tuan. Anak saya memang sayang kat patung itu. Dia belai dan cium patung itu. Jadi benda itu ingat kami dah terima dia,”

Nina bagaimanapun mengakui agak trauma untuk membelikan patung yang cukup dia bersifat untuk anaknya selepas ini. Namun dia mengakui bersyukur apabila keluarganya sudah kembali tenteram dan keadaan sudah kembali seperti sedia kala.

“Semoga kisah saya menjadi iktibar dan pengajaran untuk semua terutama anak-anak,” katanya mengakhiri perbualan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my