D-Life

Antara BTS dengan depresi, apa kes?

Oleh  | 

BARU sahaja reda kehangatan filem Burn The Stage yang ditayangkan di pawagam beberapa minggu lalu. Netizen turut tampil membincangkan lirik nyanyian kumpulan daripada Korea selatan iaitu BTS tersebut yang rupanya membawa mesej besar  tentang kesihatan mental.

Pemilik akaun twitter @AimanPsikologis berkongsi pendapatnya tentang lagu-lagu kumpulan BTS yang memberi fokus kepada masalah seperti depresi.

Aiman turut berkongsi statistik yang menunjukkan purata 36 orang membunuh diri di Korea Selatan berikutan beberapa alasan.

Menyandang gelaran sebagai penghibur yang mempunyai banyak pengikut, BTS menggunakan platform yang ada untuk bercerita tentang kesedaran kesihatan mental dengan terbuka.

Sebuah portal sebelum ini pernah bercerita tentang lagu ‘The Last’ yang dinyanyikan oleh Suga yang juga merupakan ahli kumpulan BTS. Melalui lagu itu, Suga menceritakan pengalamannya menghadapi depresi secara terbuka.

Terdapat juga netizen yang turut berkongsi antara senarai lagu daripada kumpulan itu yang bercerita tentang masalah mental.

Berada di atas pentas dan digilai ramai peminat di seluruh dunia tidak mengecualikan seseorang menghadapi masalah mental lantaran menerima tekanan dari aspek latihan selain sikap membandingkan kebolehan yang dimiliki dengan artis yang lain.

Kesedaran terhadap masalah mental masih lagi berkurang dalam kalangan orang muda. Ia masih tak diperkatakan secara terbuka seperti membincangkan kesakitan secara fizikal.

 Oleh itu, kalau kamu ada mengalami beberapa simptom yang memungkinkan kamu mengalami depresi. Jumpalah psikiatri untuk pemeriksaan lanjut. Kalau ada masalah, cepat-cepatlah kongsikan ia dengan mereka yang kamu percayai.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my