Serious?!

Apa akan jadi kalau semua lipas dihapuskan dekat dunia ni?

Oleh  | 

MEREMANG juga bulu tengkuk nak taip artikel ini sebab sis pun memang geli dengan makhluk bernama lipas ini. Lipas ini selain menggelikan, ia juga bawa bakteria macam Salmonella dan Shigella yang boleh buat korang asthma.

Satu lagi sebab nak benci lipas ialah apabila ada lebih kurang 5000 hingga 10 o00 serangga ini wujud dekat rumah orang. Dah macam kenduri pula sukahati melawat rumah orang. Ada macam-macam jenis lipas dalam dunia ini macam Blattella germanica, priplaneta americana, supella longipalpa dan Blatta orientalis.

Diorang akan duduk dekat tempat yang lembap dan tak kisah fasal benda lain. Masalahnya, dia yang buat kita nak kisah pasal kewujudan mereka. Rasa macam nak simbah ubat lipas dekat mereka biar mampus berjemaah. Tapikan, apa pula akan jadi kalau kita pergi hapuskan semua lipas atas dunia ni?

 

via GIPHY

Kalau korang nak tahu, lipas ini ada juga menyumbang dekat dunia ini. Mereka akan makan kayu dan daun yang dah membusuk dan membuatkan serpihan yang tinggal menjadi lebih organik. Mamalia yang kecil pula memang bergantung dengan lipas. Ada juga burung yang makan lipas sebagai salah satu sumber rantaian makanan. Kalau terputus satu rantaian makanan, pupuslah haiwan tu nanti.

Ada tak potensi untuk lipas pupus?

Bad news! Tak pupus. Lipas ini dikatakan dah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Fosil lipas ini dikatakan dah wujud sekurang-kurangnya 300 juta tahu lalu. Pendek kata lipas ini memang makhluk yang susah nak pupus dan boleh bertahan untuk hidup.

via GIPHY

Jadi lepas ini korang dah tak payah rasa hidup korang sunyi. Cuba check bawak peti ais. Mungkin ada lipas. Setiap kali korang nak bunuh lipas tu, ingatlah yang mereka banyak berjasa untuk pohon yang ada dekat kawasan hutan korang. Hiks.

(Tapi kalau sis, sis bunuh saja! Bye!)

Sumber: howstuffworks

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my