Serious?!
Apa cerita ni? Caprice tegur rapper baru nak ‘up’ yang buat hal!
KORANG tau tak ada satu kes yang tengah panas ni. Dengar cerita kes ni sampai membabitkan beberapa nama yang besar jugak lah dalam industri kita. Pasal sorang rapper ni yang dikatakan syok bergaduh dengan ramai orang. Sis tengok jugak social media beliau dan dengar cerita rapper ni memang layan lah haters-haters beliau. Habis bergaduh dengan semua orang. Apa cerita ni? tak elok lah gaduh-gaduh ni.Tapi, bila sis dig a little deeper, rupa-rupanya Caprice ada juga keluar statement tentang rapper ni. Caprice sendiri claim beberapa jam lepas yang rapper baru ni bukanlah dirinya sendiri! ish lain macam.

Dengar cerita tak tidur sampai empat hari dan tak balik rumah langsung. Eh? dah kenapa pula ni? kecoh betul kes dia ni! Sis harap ni bukan lah gimmick ya. Habis dengan semua orang dia nak bergaduh tau. Bila difikirkan balik macam tak logik lah pulak dia buat macam tu secara sengaja? I mean, cuba korang fikir, artis baru nak naik tak akan lah nak rosakkan imej sendiri macam tu je? tak pelik ke?

Caprice ada mention yang sebenarnya rapper ni kemungkinan ada mengalami gangguan halus yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian. Betul ke? Memang kadang kala, kalau seseorang tu berperangai pelik, berpotensi daripada gangguan makhluk halus. Ish apa yang ikut dia balik tu? creepy nya!

Ada jugak ura-ura menyatakan sampai kena pukul dan membabitkan pihak polis! Ish harap-harap tak ada terlibat lah ye. Kalau nak settle pun boleh settle secara baik. Jangan gelojoh sangat nak beduk orang ni. Bawa-bawa lah bersabar. Tetapi, sejauh mana fakta itu, sis pun tak pasti. Masing-masing bekerjasamalah naikkan nama tu, baru lah seronok. Sayang tau sebab kumpulan rapper di Malaysia ni memerlukan support yang banyak! Dorang ni antara golongan yang paling berbakatlah bagi sis.Power-power tau. Sebab sis sendiri layan genre ni and I am sure korang pun ramai yang suka. Dorang ni berbakat tau! rugi lah kalau gaduh sesama sendiri.
Apa- apa pun sis harap kes rapper baru ni diberi penjelasannya secukupnya dan semoga dapat diselesaikan secara aman.





Komen Terkini