Serious?!

Apa cerita, mana pergi ‘penumpahteh’ ?

Oleh  | 

MASIH menjadi bualan hangat netizen pada ketika ini, pemilik akaun twitter @penumpahteh sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyebarkan beberapa gosip berkenaan artis-artis tempatan. Sehingga hari ini, pemilik akaun itu masih belum dapat dikenal pasti. Nak tahu juga siapa yang betul-betul hebat sampai semua hal dalam kelambu artis pun dia boleh tahu!

Baca: https://www.dhia.com.my/twitter-penumpahteh-bikin-panas-buka-kisah-hangat-artis-artis-malaysia/

Selepas kes Misha Omar mengambil tindakan untuk menyaman individu-individu yang memfitnahnya menggunakan khidmat “mak esah” atau ilmu sihir untuk memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke 33 (AJL33), pemilik akaun twitter itu terus menyahaktifkan akaun twitternya. Hai, takkan kena gertak sekali dah takut? Berani kerana benar lah uolsss.

Menurut Misha Omar atau kak Mitch, tindakan susulan akan diambil sekiranya individu yang memfitnahnya di internet tidak membuat permohonan maaf secara bersemuka dalam tempoh 7 hari. Banyak lagi sebenarnya berita lain yang disampaikan oleh penumpahteh sehingga menimbulkan kontroversi dalam kalangan selebriti.

Tapi kesahihan cerita tu tidak dapat dipastikan sehingga artis itu sendiri yang membuka mulut. Bagus tindakan kak Mitch untuk tegakkan kebenaran.

So, kita tunggu jelah sama ada penumpahteh akan meminta maaf secara terbuka atas tweet-tweet kontroversinya itu ataupun tak. Iolss pun nak kenal juga siapa pemilik akaun yang serba serbi tahu hal semua artis tu betul tak?

Ha, korang pula jangan sesekali sebarkan cerita yang belum sahih dekat internet. Ini dah dikira cyber bully juga tau. Tak ada faedah pun bila kita terlalu nak kejar populariti dengan cara mengaibkan orang lain. Pastikan sahih baru sebarkan. Tak pasti jangan kongsi. Spread love not hate okay?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my