Serious?!

Apa dah jadi dengan Aliff Aziz?

Oleh  | 

SEMENJAK berhadapan dengan kes curang dan kemelut rumahtangga semenjak tahun 2017, nama Aliff Aziz seolah tidak mampu lekang daripada terpalit dengan kontroversi.

Kita semua sudah sedia tahun peyanyi kelahiran Singapura ini sudah pun melafazkan cerai talak satu kepada bekas isterinya Bella Astillah. Namun setelah sebulan lebih becerai, kisah mereka seakan tidak berakhir malah masih ada ‘drama’ yang dilakukan oleh Aliff sendiri.

Baru-baru ini tular di lama maya sebuah video yang menunjukkan Alif sedang berbual di telefon dengan seseorang dalam keadaan yang marah. Apa yang lebih mengejutkan, pada badan penyanyi itu terdapat tatu dan dia berada dalam keadaan yang tidak terurus. Apa sudah jadi Aliff Aziz?

Foto: Twitter

Tidak sah kalau kes seperti ini tidak mendapat perhatian netizen. Ramai warganet menggunakan kuasa keyboard warrior mereka dan meninggalkan komen-komen yang pelbagai buat penyanyi ini. Ada yang mendoakan yang terbaik untuk penyanyi ini dan ada juga yang masih menyelar tindakan Aliff.

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Ada juga ura-ura mengatakan Aliff Aziz sedang mengalami depresi ketika ini dan berita itu belum disahihkan oleh empunya badan sendiri. Kelakuan aneh Aliff ini juga telah mendapat perhatian daripada bekas isterinya dan Bella telah memuat naik sekeping foto untuk menerangkan perkara yang sebenar.

Foto: Twitter

Tidak mudah melatah, Bella Astillah masih kekal positif dan mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu. Menerusi kapsyen itu juga, Bella meminta agar orang ramai tidak sewenangnya berseronok melihat keadaan Aliff ketika ini dan jangan mengambil mudah tentang orang yang mengalami depresi.

Apa-apa pun sebagai seorang masyarakat yang prihatin, kita sebaiknya mendoakan yang terbaik buat penyanyi yang berasal daripada Singapura itu. Jangan mudah menjatuhkan hukuman kepada orang  yang melakukan kesalahan walaupun orang itu merupakan seseorang yang dikenali ramai. Semoga Aliff dan Bella tabah menghadapi ujian ini.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my