Dhia Cabar

Apa jadi bila Sam dan Wafa dicabar sertai I Can See Your Voice

Oleh  | 

 

SIAPA yang tidak tahu dengan rancangan meneka siapakah penyanyi misteri yang sedang popular sekarang iaitu I Can See Your Voice. Sebagai seorang yang suka menghabiskan waktu petang sambil nyanyi-nyanyi di pejabat bagai tiada hari esok. Kejutan kali ini betul-betul membuatkan Sam dan Wafa tergamam dan hampir membuatkan kami bertaubat untuk nyanyi lagi.

Suatu hari kami dicabar oleh bos untuk menyertai ujibakat I Can See Your Voice 2. Kalau dah nama pun ‘bos’ semua perkara kedengaran seperti arahan yang bakal menjejaskan periuk nasi masing-masing. Setelah agak lama Sam dan Wafa saling berpandangan namun tetap tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada cabaran bos. Maka kami pun bersetuju menyahut cabaran tersebut berbekalkan  suara sumbang dan lagu yang  belum kami pilih.

Setelah menggelabah lebih dua jam dan menyelongkar laman Youtube mencari minus one lagu yang dirasakan sesuai. Kami boleh menarik nafas lega apabila salah satu rakan sepejabat bersetuju merakamkan minus one menggunakan gitarnya.

Hari yang ditunggu telah tiba, Sam dan Wafa hadir ke sesi ujibakat. Nak tahu apa yang jadi dalam bilik audition? onz ke tidak kami bernyanyi?  jom tonton video di atas.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my