Serious?!
Apa jadi kalau ayam dah tak wujud dekat dunia ni?
“Ayam bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam,”
GENG! siapa je yang dalam dunia ni tak suka ayam? Ayam ni dah macam sebahagian daripada kehidupan kita semua. Nak lagi kalau korang anak muda yang suka lepak restoran makanan segera sampai tengah malam tu. Hampir semua menu mereka ada ayam!
Ayam ni memang banyak berjasa dalam peradaban tamadun manusia. Gitu! kalau nak diikutkan, pada abad ke 20, ayam memang dah sangat popular sebagai salah satu sumber telur dan ladang bagi memenuhi diet selain mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.
Dianggarkan ada 22 bilion ekor ayam wujud dekat atas muka bumi ni. Tapi, apa akan jadi agaknya kalau tiba-tiba makhluk yang bernama ayam ini tiba-tiba hilang dalam sekelip mata? Kita akan kehilangan satu per tiga daripada daging yang penting di dunia.
BACA:Kenapa ada bulat kecil dekat penutup cawan kopi korang?
Kalau difikir balik, ayam hanyalah spesis burung. Tapi, penduduk di muka bumi ini sangat bergantung kepadanya. Mana tidaknya, kita menggunakan hampir 100 juta tan daging ayam dan lebih 1 trilion telur setiap tahun. Itu belum lagi kepak ayam salut keju yang dekat restoran korea tu. Alamak sedapnya!
Genetik ayam ni pula lain macam sebab boleh hidup membiak dan berkembang di segenap benua. Kalau tak ada ayam, mungkin dunia akan memberi fokus yang lebih kepada lembu dan kambing. Nak bela lembu dan daging ini pula memerlukan keluasan tanah yang lebih besar berbanding menternak ayam.
BACA:Korang pernah terfikir tak kenapa garfu ada empat mata?
Kalau nak cakap tentang persekitaran pula, najis lembu dan kambing menghasilkan gas methane iaitu lima kali ganda berbanding ayam. Memandangkan telur merupakan resepi penting setiap kali nak buat kek. Jadi kalau tak ada telur, kek mesti tak menjadi. Telur juga sangat berguna sebagai vaksin selsema. Kalau tak ada telur, orang boleh mati sebab selsema.
Ha, banyak juga ayam ni berjasa dalam hidup kita, kan? Jadi kita bersyukurlah wujudnya ayam dalam dunia ni. Yang tak patut wujud cuma bapak ayam. Eh? Tibah!




Komen Terkini