Serious?!

Apa jadi kalau Coca Cola buat uncang ala-ala teh pula!

Oleh  | 

OKEY geng, sebut sahaja jenama-jenama besar macam Coca Cola, Pepsi, Teh BOH, KFC korang semua dah boleh tahu apa agaknya makanan dan logo setiap produk itu. Logo inilah yang akan ‘membeli’ kepercayaan orang ramai untuk makan atau gunakan sesuatu barang.

Baru-baru ini seorang pereka grafik dari Mesir yang dikenali sebagai Ahmad Morshedi ada muat naik beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana kalau logo atau jenama produk ini ditukarkan. Menarik juga. Jom kita tengok sikit.

 

View this post on Instagram

 

Cocacola VS Tea ☕️ #cocacola #tea

A post shared by Morshedi (@ahmedmorshedi) on

Pergh, tak boleh bayang kalau Coca Cola ada buat uncang minuman sendiri. Lepas itu kita boleh bancuh air gas sesuka hati sahaja bila kita suka. Benda ini mungkin berguna kalau time Hari Raya. Tapi yang tak best kalau nenek kita tersilap pergi bancuh pula uncang tu dan minum sambil cicah biskut kering. Tak kena!

 

View this post on Instagram

 

Nestle cigarettes & Marlboro Water 😀. #nestle #nestlè #water #cigarette #marlboro #thedesigntip

A post shared by Morshedi (@ahmedmorshedi) on

Adoi, Nestle ini dah la banyak hasilkan makanan yang semua generasi dan peringkat umur boleh makan. Tak kena langsung kalau ia dikenali sebagai jenama rokok. “Bro, jom hisap Nestle dulu”, tak kena langsung bunyinya!

 

View this post on Instagram

 

Nestle cigarettes & Marlboro Water 😀. #nestle #nestlè #water #cigarette #marlboro #thedesigntip

A post shared by Morshedi (@ahmedmorshedi) on

McD adalah sejenis gula-gula getah yang budak sekolah selalu kunyah? Nooo! mesti dah tak ada lagi mix and match yang murah-murah untuk kita makan dan lepak sampai pukul 3 pagi.

Kalau Nutella adalah sejenis produk untuk gosok gigi. Sis rasa ini adalah barang yang akan jalan dan laku dulu. Budak-budak pun akan bangun awal setiap pagi sebab tak sabar nak gosok gigi dengan ubat gigi berperisa coklat macam ini!

Ha, korang rasa macam mana? Apalagi jenama yang tak kena kalau diubah menjadi produk lain. Contohnya Kotex tiba-tiba jadi jenama untuk produk air minuman? Err, maybe not.

Sumber: Thelaki

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my