Serious?!

Apa jadi kalau Finland perkenal sistem kerja 4 hari seminggu?

Oleh  | 

TIDAK hanya muncul sebagai Perdana Menteri termuda dunia, kini Sanna Marin sekali menjadi bualan ramai apabila merancang untuk memperkenalkan sistem baru iaitu empat hari bekerja dalam seminggu dan enam jam sehari. Hasratnya, agar rakyatnya boleh meluangkan banyak masa bersama-sama keluarga mereka.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya perkara ini dah dicadangkan lama lagi bahkan sebelum Sanna Marin naik sebagai Perdana Menteri lagi. Tapi jangan terkejut tau, sebenarnya ramai juga yang menyokong idea tersebut antaranya ialah Menteri Pendidikan, Li Andersson.

via GIPHY

“Adalah sangat penting untuk memastikan rakyat Finland tidak terlalu bekerja keras. Ia bukan soal memerintah dengan gaya feminin, namun ia adalah menawarkan bantuan dan bukti menunaikan janji kepada pengundi,” katanya

Sebenarnya, memendekkan waktu bekerja pernah dilakukan sebelum ini oleh negara seperti Sweden, Ireland dan beberapa firma di New Zealand. Hasilnya, mereka lebik produktif kerana memberi lebih masa untuk pekerja mereka berehat.

via GIPHY

Terdahulu, Finland pernah memperkenalkan undang-undang 1996 yang memberi peluang kepada pekerja untuk menentukan masa bekerja mereka sendiri.

Tapi tak tahulah sama ada mereka betul nak teruskan idea ini atau tak.

Cuba korang bayangkan kalau dekat Malaysia pun macam itu? Mesti meriah setiap minggu kita dapat jemputan pergi kenduri kahwin, kan? Maklumlah banyak cuti. Korang setuju ke dengan cadangan ini? Roger sikit.

Sumber: Sinar Harian

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my