D-Life

Apa jadi kalau korang tambah garam dalam kopi?

Oleh  | 

KOPI memang tercipta sedia pahit, tetapi minuman pahit ini menjadi kegemaran hampir sesiapa sahaja. Minum kopi sudah menjadi sebahagian daripada budaya dan gaya hidup masyarakat dunia.

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk menikmatinya. Ada yang memilih untuk bru sendiri kopi di rumah manakala ada sesetengah yang lain lebih selesa menikmatinya di rumah-rumah kopi atau di kafe berhampiran.

 

Ramai yang menikmatinya pahit-pahit, tetapi untuk mereka yang tidak begitu gemarkan pahit, kebanyakan mereka menambahkan gula dalam kopi untuk rasa manis.

Tetapi, ingat, kopi yang terlalu manis juga boleh membahayakan kesihatan. Apatah lagi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau menghidapi diabetes.

 

Apa cara terbaik untuk nikmati kopi?

via GIPHY

Menurut Reader’s Digest, garam merupakan satu ramuan yang boleh menambahkan cita rasa kopi.

Garam dikatakan dapat mengubah rasa pahit yang tajam pada kopi supaya lebih berlemak. Gabungan rasa garam dan rasa pahit pada kopi akan menjadikannya lebih lembut.

Kajian juga membuktikan dengan menambahkan sedikit garam, rasa pahit pada kopi dapat dineutralkan  dan menghilangkan rasa pahit pada kopi.

Caranya, kamu hanya perlu menambahkan secubit garam pada biji kopi sebelum diolah menjadi minuman.

Namun garam bukanlah satu-satunya cara untuk meneutralkan rasa pahit dalam kopi. Kita juga boleh menambahkan serbuk koko, kulit kayu manis, lavender, vanilla atau ekstrak kelapa ke dalam minuman kopi.

Jadi, kamu tak perlulah membeli kopi di kafe yang eksklusif hanya sekadar untuk hirup kopi terbaik. Bancuh sahaja kopi kamu sendiri!

 

Sumber:  Reader’s Digest

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my